n a v i g a t i o n

Travelog: Family vacation @ Pangkalan Balak, Melaka

Assalamualaikum and holla to all my dearest!

Entri kali ni boleh dikatakan entri travelog aku bersama family sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas, makanya boleh lah kita katakan ini adalah entri yang diperam jeruk dan hampir basi (hampir basi sebab masih dalam tahun 2015 hahahaha lol!) tapi takpe lah kita just proceed dengan story-mory vacation aku ni hehehehe (peace ^^v)

Vacation ni adalah vacation kali pertama yang ditaja sepenuhnya oleh aku (wuuuuu bangganya :p) sebab masa tu aku kerja sementara kat pusat komputer tempat praktikal aku dulu, nak dijadikan cerita aku nak merasmikan gaji pertama aku tu dengan secara sukarela dan gumbiranya men-sponsor percutian keluarga kali ni. So far aku sangat-sangat berpuas hati dapat sponsor percutian ni even aku bayar bilik resort, makan and cenderahati (duit minyak dan lain-lain ayah bayar kehkeh!).

Okay, apa yang paling utama dalam entri ni yang aku nak ceritakan adalah pasal tempat penginapan aku sekeluarga, harga bilik penginapan and keadaan sekitar percutian mana tau kot-kot boleh jadi sumber rujukan korang yang ada planning nak buat family vacation jugak kan? Hehehehe.

Memandangkan destinasi percutian aku sekeluarga ni di Pangkalan Balak, Melaka jadi aku pilih Damar Suria Resort sebagai tempat penginapan selama 3 HARI 2 MALAM. Beberapa hari sebelum cuti Tahun Baru Cina tu aku dah bank-in duit deposit kat owner resort sebanyak RM50. Kalau tak bayar deposit owner tak dapat lah nak reserve bilik so sebagai langkah keselamatan aku bayar je deposit sebab aku bebetul nak menginap kat Damar Suria Resort hahahaha.

Damar Suria Resort, Pangkalan Balak, Melaka.
Pintu masuk ke kawasan parking.

So hari yang ditunggu pun sampai, pada 18 Feb aku sekeluarga bertolak ke destinasi percutian dalam pukul 8 atau 9 lebih macam tu. Perjalanan pun tak ambil masa yang lama sebab sebelum pukul 1 dah sampai resort pun (bertolak dari Batu Pahat sebab aku anak jati kelahiran Batu Pahat Johor muehehehe). Sementara nak tunggu check-in pukul 2 tu ayah aku ajak pusing-pusing kawasan sekitar, kitaorang jalan-jalan kat pekan Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah sambil nak mencari ATM bank.

Dah banyak aku cerita sebelum bertolak ke Melaka, jadi apa lagi marilah kita layan gambar-gambar cinta yang kutinggalkan di Okinawa Pangkalan Balak, Melaka :D (kita ikut susunan hari percutian)

Hari pertama (18 Feb 2015):

Lepas je sampai dalam kawasan resort, aku dapat lah snap beberapa gambar kat sekitar kawasan resort ni. Nak tengok-tengok semua kemudahan yang ada hehehehe.

Kolam renang bebetul berhadapan dengan bilik-bilik resort.
Pondok untuk berehat sambil makan-makan tepi kolam.
Taman permainan berhadapan betul dengan pantai and laut, best!!!!
Kawasan tepi pantai.

Gambar atas ni masa aku sekeluarga bebetul baru sampai. Belum ada penginap lain. So kawasan pantai, kolam, taman permainan tu lengang. Yang best and seronoknya even masa tu pukul 2 atau 3 petang tengah cuaca panas tapi tak rasa bahang pun sebab angin pantai dia fuhhhhh.. nyaman oiii!

Dah puas survey kawasan resort, aku and family pun masuk bilik kitaorang sebab dah zuhur. Plan nak rehat-rehat, baring dulu sampai asar. Lepas asar baru layan pantai lagi kehkehkeh :3 

Bilik kitaorang - Standard Room, RM110/night (harga cuti umum/sekolah)

Gambar bawah ni yang dapat aku snap lepas asar :)

Macam biasa, ayah aku kalau nampak laut memang suka~






Layan angin dan ombak pantai pepetang~
Menikmati keindahan matahari petang.
Cover novel: Pepasir Cinta hahahahaha trolol!


Dah puas menikmati keindahan tepi pantai tu, dalam pukul 6 petang macam tu ayah and mama aku cadang nak ajak pergi pekan Kuala Sungai Baru. Ingat nak beli makanan sikit untuk makan malam tapi memang bertuah betul kitaorang masa tu. Secara kebetulan hari Rabu kitaorang bercuti kat sana, memang ada pasar tani petang kat pekan haaa.. dapat lah beli mee goreng, chicken chop and nugget. Chicken chopnya dah lah besar, sedap dan MURAH!!! Hanya RM6 :D


Malam tu kitaorang duduk bilik je memandangkan memasing penat plus hujan agak lebat lepas maghrib tu. Duduk dalam bilik dengan air-cond sejuk gila namati! Layan TV je lah~


Hari kedua (19 Feb 2015):

Hari kedua pulak kitaorang sambung dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar di sekitar Sungai Udang. Kawasan Sungai Udang pada aku boleh dikatakan seperti bandar sebab ada KFC, Kamdar and Econsave. Bertolak dari resort lebih kurang pukul 10 lebih dan perjalanan ke Sungai Udang ni ambil masa dalam 30-45 minit macam tu.

Bila tau kat Sungai Udang ni ada Kamdar, apa lagi lah kan? Aku and mama terus nak pergi situ. Ayah turunkan kitaorang berdua depan Kamdar while adik and ayah pulak pergi Econsave katanya nak beli junkfood and mineral water bebanyak hohoho! Biasalah, nanti kalau boring-boring dalam bilik mestilah nak melantak je kerjanyaaaa~

KFC Sungai Udang.
Kamdar (sempat snap dari dalam kereta je T_T)
Econsave.


Selesai je beli kain baju kat Kamdar almost pukul 1 lebih, kitaorang singgah makan tengahari kat satu restoran yang ada berdekatan dengan Kamdar tu jugak. Tak ingat nama restoran tu tapi tak silap aku ada nama Syukur macam tu kot? Huhuhu maaf lah, dah lama sangat percutian ni so lupa namanya and tak terfikir nak snap gambar kedai sebab kebulur sangat! Nasib ada gambar lain yang banyak ni so boleh recall balik story vacation ni hukssss~


Yang penting makan kat restoran tu pun boleh dikatakan berbaloi dengan lauk, air and keadaan kat dalam restoran. Makan 4 orang (ayah, mama, aku and adik) semuanya RM35. Normal price bagi aku kalau makan tengahari kat restoran, lelagi restoran tu dekat kawasan bandar. Habis makan tu terus kitaorang gerak balik sebab dah penat pastu dah masuk zuhur. Nak rehat dulu lah sebelum keluar main tepi pantai pepetang nanti hikhik :p

Seperti biasa, bila petang lepas asar macam tu mesti ayah and mama aku ajak duduk tepi pantai sambil makan jajan cikedis yang diborong dari Econsave tadi muahahahaha! Yang bestnya resort sediakan pondok rehat yang memang menghadap laut and then FREE tak perlu bayar. Pondok ni berguna untuk family yang nak buat picnic sambil ber-BBQ kan? Berbaloi bercuti kat resort ni sebab tempat BBQ and pondok tu free. Ada some resort kat kawasan yang sama kenakan bayaran untuk tempat BBQ/pondok.

Pepetang layan angin pantai sambil tengok orang dok main air~


Penginap lain yang menjamu selera di pondok-pondok rehat resort.
Kawasan untuk bermain bola tampar.

Untuk orang yang suka main bola tampar sambil ditemani angin pantai dan deruan ombak laut, boleh main kat kawasan yang dah disediakan. Bebetul sebelah kawasan pondok-pondok rehat and tempat BBQ, for sure lah free! :D


Hari ketiga (20 Feb 2015):

Hari terakhir percutian aku dan family kitaorang takde merayap keluar pergi mana-mana. Even keluar breakfast pun tak, sebab pagi tu bangun je terus mama aku kemas-kemas barang katanya senang nanti bila nak check-out tak kelam-kabut. Cuma aku dengan adik sempat mencelup kaki dalam air kolam renang hahahahaha! Nak lepas gian, kang balik BP teringat kolam resort tu. Aku duduk je tepi kolam, adik aku pergi berendam teruihhh!






Selfie sebentar di tepi kolam yang indah ~ hahahahaha!
Masa last day percutian ni jugak aku sekeluarga dapat singgah makan tengahari kat kedai Kak Long Labu Corner yang terletak di pekan Kuala Sungai Baru. Senang je nak cari kedai ni, sebab bebetul menghadap jalan besar utama and boleh nampak signboard kedai dia. Memandangkan check-out pukul 12 kan? Jam pun baru je pukul 11 pagi, so ayah suggest makan tengahari dulu sementara tunggu nak pulang kunci bilik.

Makan Kak Long Labu Corner ni sangat-sangat lah berbaloi sebab makan 4 orang aku sekeluarga je baru RM21! Makan tengahari kot? Makan nasi siap lauk yang sedap-sedap macam ikan and ayam, sayur pun ada. Lebih berbaloi daripada makan kat restoran yang sebelum kitaorang pergi. Pelanggan yang makan kat sini pun boleh tahan ramai, sesak masa nak ambil lauk-lauk tu. Yang penting sedap and murah! Hehehehehe :D



Lauk yang ada di Kak Long Labu Corner.




Kedai-kedai sekitar pekan Kuala Sungai Baru.

Lepas je siap makan tengahari, ayah and aku cecepat balik ke resort untuk check-out and pulang kunci bilik. Memandangkan Kuala Sungai Baru ni dipenuhi dengan peniaga-peniaga ikan segar, mama pun terfikir untuk singgah sebentar untuk tengok-tengok lah mana tau ada ikan yang sesuai untuk dibawa pulang dan secara kebetulan kitaorang ada bawa bekas ais + beli ais sekali masa mula-mula sampai resort.



Dah puas cuci mata tengok ikan segar akhirnya mama and ayah berjaya membawa pulang beberapa ekor ikan parang nak masak asam pedas katanyaaaa tapi ikan parang memang sedap punnnnn!!! Hehehehehe.

Sebelum aku tamatkan entri ni, aku akan share jugak few gambar-gambar bilik resort yang aku sekeluarga menginap.

2 single bed.
Sliding door yang berhadapan swimming pool.
TV, set meja dan kerusi, cermin muka.
Almari.
Toilet: Sinki, hot shower, tandas duduk and gayung.
Ayah and mama bergambar sebelum pulang ~ byebye!

Feedback daripada aku and family:-

1. So far, kemudahan dalam bilik and luar bilik resort okay dan memuaskan. Tak terlalu teruk dan tak terlalu bagus sangat. Dalam tahap average je lah.

2. Air-cond, TV, plug berfungsi dengan baik. Cuma hot shower dengan lampu tidur kat dinding tak boleh berfungsi maybe bilik kitaorang punya rosak kot?

3. Toilet bersih dan luas, sangat selesa even berkongsi dengan tandas tapi tetap bersih. Pam tandas pun berfungsi, semua paip pun okay takde masalah termasuk lampu toilet.

4. Keadaan bilik masa memula masuk tu tersusun kemas cuma lantai terasa berhabuk or berpasir maybe sebab dekat dengan kawasan pantai kan? Cuma tu lah, bilik aku dapat tu takde penyapu so agak susah nak sapu bersihkan lantai. Nasib baik ada lap kaki and bakul sampah.

5. Overall aku and family bagi rate 6/10 :)

So tu je lah yang aku nak sharekan pasal travelog aku and family sempena Chinese New Year yang dah berbulan-bulan lepas muahahahahaha! Maybe aku akan tulis lagi entri travelog lain if ada rezeki nak melancong or bercuti kat mana-mana resort, chalet or homestay. InshaaAllah. Semoga berjumpa on my next entry k? :D

Adios!

Back from my sleeping beauty

Assalamualaikum and hello geng!

Memang dah lama gila tak usik personal blog ni, last entry pun masa bulan May i guess. Haha so takpe lah. Hmm entry kali ni aku taknak cerita banyak sebab takde idea pun nak kupas pasal apa haha lol cuma sekarang ni aku dah officially jadi penganggur terhormat kat rumah T_T berhenti kerja sejak bulan 4 and aku takde duit!!! I know it sounds sad but nak buek camno? terima jelah hakikat ~

Sekarang ni aku kurang aktif blog yang ni sebab.......... aku makin aktif kat blog kaunseling/consultation blog haa (klik kat tepi sidebar tu, another blog :D) Hermm maklumlah, blog baru memang ditatang macam nak rak and akhirnya rak pun patah entah kemana HAHAHAHAHAHAHA. Tapi inshaAllah tak lah jadi macam tu. Sementara aku tak kerja ni aku rajinlah cari info and benda-benda penting pasal kemasukan program untuk lepasan SPM. Kenapa aku cari info program untuk lepasan SPM? sebab aku nak mengulang diploma lahhhhh EHHH!! tak tak, bukan sebab tu. Aku nak tolong adik-adik lepasan SPM yang takde chance nak masuk U masa apply UPU yang lepas.

Aku faham perasaan adik-adik yang tak berjaya dapat offer U sebab aku pun dulu macam diorang weh! cuma bezanya aku dapat rayuan UPU tapi whatever it is, tetap faham perasaan sedih diorang k? kepada sesapa yang baca entry ni and dah blogwalking consultation blog aku tu bolehlah sebar-sebarkan kat kawan-kawan, junior or adik-adik korang yang baru habis SPM or yang akan tamat form 5 tahun ni.

Kat sini jugak aku nak cakap yang fragmen novel handmade aku tu akan di-draftkan dulu or dibekukan (boleh pakai ke word sebelah ni? herm...) daripada siaran online (siaran sangat, gila curlas kau jemah oiii!) kat blog aku ni sebab......aku tengah sibuk uruskan blog satu lagi kan? Hahahahahahahahaha so mood jiwang drama novel luar biasa/separuh masa dan sebagainya tu belum tiba *sila cubit aku sebab malas nak post bab novel tu!! arghhhhh stress guwa -_________-

Before aku nak tamatkan entry ni, mohon doa para readers semua doakan aku dapat furthur degree September nanti eh? berharap nak sambung dalam course Sarjanamuda Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat), so doakan eh eh? doa camni "Ya Allah ya Tuhanku, aku berdoa semoga hajat Nurain Syahirah untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dimakbulkan dan berikanlah dia program ijazah Sarjanamuda Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat). Aamiin ya rabbal Alamin" hehehehe thank you guys! love you much, xoxo <3

So mari aku hidangkan dengan few gambar blog aku kahkah! yelah, blog ni pun dah berdesign baru kannn. Jom layan ~

takyah klik untuk tumbesaran sebab ni memang design blog aku yang kau tengah skodeng ni haha!

jemput singgah @ http://nurasyahirah.blogspot.com
BYE!