n a v i g a t i o n

REVIEW : Diploma Teknologi Maklumat UTHM

Assalamualaikum & hello gais opsss! i mean guys. Muehehehehe :p

Ehemm! Memandangkan blog ni sudah lama tak berusik hahahaha yelah bila kemalasan menyelubungi bak misteri nusantara maka krik kriklah blog ni muahahaha! Sebelum ni memang aku rajin meng-update sebab aku post bab-bab novel handmade aku, ecehhh :p

Rasanya masih sempat kan kalau aku sis hahaha nak survey pasal satu course yang aku sis pernah belajar kat U dulu? which is Diploma Teknologi Maklumat. Dulu aku sis ingat course ni belajar cara nak guna komputer or belajar nak guna Microsoft Office tu hahahahaha lol gila aku sis punya pemikiran dulu! Rupanya aku sis silap. Bila belajar course ni means kita belajar segalanya pasal IT (Information Technologysuch as bahasa pengaturcaraan, multimedia, sistem, web application etc.

Jadi kat sini aku sis nak bagitahu serba sedikit pasal course ni khas untuk korang (adik-adik) lepasan SPM/setaraf tahun 2014. Untuk pengetahuan korang semua, aku sis ambil course ni kat UTHM atau nama panjangnya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat Johor (seriously aku sis punya rumah dengan UTHM tu dekat so tak rasa homesick macam budak lain uwaaaaaaaa T.T)

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
Diploma Teknologi Maklumat (DAT) dibawah fakulti Pusat Pengajian Diploma dan diletakkan dibawah Jabatan Teknologi Maklumat. Yang bestnya pasal course ni ialah tempoh pengajiannya hanya mengambil masa 2 tahun setengah (5 semester). So memang korang akan dapat cepat habis berbanding course yang sama yang ada kat IPTA lain.

Jadi pada korang yang berkira-kira untuk ambil course ni atau ada minat dalam IT, tak salah untuk teruskan minat korang ke diploma ni kalau korang ditawarkan nanti. InshaaAllah semoga Allah permudahkan urusan korang semua sebelum, semasa dan selepas pengajian diploma ni. Aamiin! :)

Next! Let's check it out struktur program untuk Diploma Teknologi Maklumat:

Semester 1, Tahun 1:

Courses
Credit
1.       Algebra
2.       Introduction to Information Technology
3.       Programming Principle
4.       Co-Curiculum 1*
5.       Islamic Studies/Moral Studies
6.       Academic English
7.       Introduction to Nationhood & Malaysia Development
3
3
3
1
2
2
3

Semster 2, Tahun 1:

Courses
Credit
1.       Statistics
2.       Fundamental of Operating System
3.       Fundamental of Computer Architecture
4.       Data Structure
5.       Theology & Science
6.       Foreign Language**
7.       Technical Communication 1
2
3
3
4
2
2
2

Semester 3, Tahun 1 (short sem):

Courses
Credit
1.       Multimedia Concept
2.       Database
3
4

Short sem ni cuma 8 minggu lecture including exam week. So masa sem ni tak ada study week ke apa, memang rushing sikit belajar sebab dalam 8 weeks tu ada lecture, test/quiz, assignments/final project & terus exam huuuuuu -_____- (letih.............)

Semester 1, Tahun 2:

Courses
Credit
1.       Fundamental of System Analysis & Design
2.       Web Programming
3.       E-Commerce Application Development
4.       Java Programming
5.       Occupational Safety & Health
6.       Technical Communication 2
3
3
4
4
2
2

Semster 2, Tahun 2:

Courses
Credit
1.       Dot Net Programming Principle
2.       Diploma Project
3.       Business & Entrepreneurship
4.       3D Animation & Modelling
5.       Fundamental of Computer Networking
3
4
2
3
3

Semester 3, Tahun 2 (short sem):

Courses
Credit
1.       Professional Ethics for Information Technology
2.       Accountancy & Finance
3.       Management Information System
2

2
3

Semester 1, Tahun 3:

Courses
Credit
1.       Industrial Training
9

Part lain yang best is Latihan Industri (LI) korang dapat sem last jadi korang boleh ANGKUT segala barang-barang korang yang ada kat kolej kediaman (hostel) dan terus balik rumah (jangan lupa ucap byebye kat UTHM muahahahahahaha! :p)

* Untuk course Ko-Kurikulum, batch aku sis ada Pengakap Kelanasiswa, SISPA, RELASIS
** Untuk course Bahasa Asing, batch aku sis ditawarkan Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun & Bahasa Jawa (aku sis ambil Jawa makanya guwe jadi ibukk ibukk bapakkk bapakk siapa yang punya anak bla bla.. kahkahkahkahkah! lolsssssss wehh lol!)

Sebelum aku mengakhiri entry ni, nak habaq mai lah kat korang yang akan berada dalam diploma IT ni. Korang akan jumpa short sem sebanyak 2 kali which is dalam tahun 1 dan 2. Korang akan rasa penat dan rushing sebab short sem ni tak banyak minggu nak buat kuliah or memain and while korang bertungkus lumus menghadapi short sem, ada kengkawan korang tengah syiok cuti sem! (the saddest part ever T___T crying a river ok?)

Ehhhhh! Before aku sis terlupa, kat sini jugak aku sis nak share prospek kerjaya bagi lepasan diploma IT ni. So lepas habis study nanti, bolehlah korang fikir-fikirkan nak kerja sebagai apa, ok? Good luck geng! :D

1.    Pembangun Laman Web.
2.    Eksekutif Projek IT.
3.    Pentadbir Pangkalan Data.
4.    Eksekutif Keselamatan IT.
5.    Perekabentuk Laman Web.
6.    Pengaturcara Komputer.
7.    Perekebentuk Multimedia.

Jadi aku sis ucapkan selamat maju jaya, belajar elok-elok dan bersungguh-sungguh, rancanglah masa serta buatlah pengurusan wang yang terbaik masa kat U. Even korang akan/sudah terdengar gosip, kontroversi, scandal pasal pengurusan & pentadbiran UTHM tu, korang abaikan saja lah. Niatkan dalam hati korang nak belajar cari ilmu, dapatkan segulung diploma dan gunakan skil yang korang dapat masa kat U tu dalam dunia pekerjaan. InshaaAllah.

P/S: Alhamdulillah aku dah berjaya tamatkan pengajian diploma, dapat menghabiskan praktikal pada 8 Jan 2015 yang lepas dan dah dapat surat pengesahan penganugerahan Diploma Teknologi Maklumat. Syukur! :)

So wassalam and jumpa on my next entry! Bye, xoxo.