n a v i g a t i o n

Yakinlah. Ini bukan penghujung kehidupanmu.


Salam Alaykum, readers!

Sekadar hiasan. Terima kasih kepada Encik Google :D

Tahniah Ain ucapkan kepada junior2 atas kejayaan cemerlang korang dalam SPM 2012. Segala usaha korang telah membuahkan hasil yang sangat2 bermakna dalam hidup korang.  Bagi yang tak mendapat keputusan yang di harapkan, korang janganlah bersedih dan menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan untuk korang.

Kat sini Ain nak kongsi pengalaman Ain dahulu ketika mendapat result SPM (tahun 2011). Tak dinafikan Ain pernah melalui situasi pahit getir ketika mendapat tahu result Ain tak lah seberapa bagus seperti yang diharapkan. Ain pelajar aliran sains tulen dengan jumlah subjek yang di ambil adalah 10. Ketika result diumumkan, Ain tak dapat datang ke sekolah kerana tiada pengangkutan. Ain menerima berita result Ain daripada kawan sendiri. Dia menelefon Ain dan mengatakan Ain hanya mendapat 4A sahaja. Menipulah kalau Ain kata Ain tak menangis tapi Ain harus terima bahawa itu lah kenyataannya. Ain pun sedar ketika Ain berada di form 4 & form 5, Ain leka dan suka sambil lewa dalam hal pelajaran dan itu menyebabkan prestasi akademik Ain merudum.

Tapi sebenarnya Ain masih bertuah kerana daripada 10 subjek yang di ambil, 9 daripadanya Ain mendapat kepujian (credit) dan 1 lagi hanya lulus (gred E) iaitu subjek Add Math. Walaupun Ain redha dengan result itu tapi bayangkanlah ketika itu family seolah-olah menyalahkan Ain sepenuhnya terhadap apa yang dah terjadi terhadap result Ain. Ain sedih yang teramat sangat tapi Ain pun sedar bahawa semua yang berlaku berpunca dari kesilapan Ain juga. Apabila mama Ain mendapat tahu anak2 jiran yang lain memperoleh result yang bagus, mama Ain akan membandingkan Ain dengan anak2 jiran. Sedih bukan kepalang tapi Ain hanya mampu mendiamkan diri dan berharap satu hari nanti Ain mampu membuktikan kepada family yang Ain mampu berjaya kelak.

Ketika rakan2 seangkatan Ain berjaya menjejakkan kaki ke menara gading (universiti @ matrikulasi) Ain hanya menyambung pelajaran di form 6. Memang Ain ditawarkan ke form 6 aliran sains tapi Ain membuat permohonan pertukaran ke aliran sastera kerana takut Ain tak mampu nak membawa beban subjek sains. Ain tahu family terkilan kerana anak perempuannya yang merupakan anak sulung dalam keluarga tak dapat menyambung pelajaran di mana2 IPTA tapi Ain pun sendiri tak mampu nak mengubah apa2 kerana itulah kenyataannya yang Ain tak layak diterima masuk di mana2 IPTA. Jadi mahu atau tak, family menghantar Ain ke form 6 dan Ain fikir itu sahaja harapan terakhir Ain.

Namun, segalanya berubah ketika Ain hampir sebulan menjadi pelajar form 6. Satu hari, classmate Ain bagitau yang hari itu keputusan rayuan kemasukan ke IPTA dah diumumkan. Ain baru teringat yang ayah Ain pernah cakap, dia ada buatkan permohonan rayuan kemasukan ke IPTA. Ain pun pernah semak permohonan yang ayah buat dan Ain ada tukar course yang ayah pilihkan iaitu tukar ke course Diploma Teknologi Maklumat di UTHM Johor memandangkan Teknologi Maklumat antara salah satu bidang yang menjadi kegemaran Ain. Masa tu Ain cuma isi saja, tak pernah terfikir untuk berharap untuk berjaya masuk ke IPTA sebab masa tu Ain fikir mungkin rezeki Ain di form 6. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu dan tiada siapa yang boleh duga. Apabila waktu malam pada hari yang sama Ain check keputusan rayuan tu ternyata Allah masih membuka pintu rezeki untuk Ain menjejakkan kaki ke menara gading. Ain berjaya masuk ke UTHM dan mendapat tawaran Diploma Teknologi Maklumat macam apa yang Ain mohon sebelum ini.



Disebabkan Ain dah dapat tawaran kemasukan ke IPTA tu, mama dengan rasa terujanya suruh Ain berhenti form 6 dan terima tawaran tu. Ain pun turut rasa gembira bila dapat tahu diri ni masih ada peluang untuk sama2 dengan rakan2 seangkatan yang lain menjejakkan kaki ke IPTA. Walaupun Ain gembira dengan berita tawaran tu, tapi dalam hati tetap ada rasa sedih nak berpisah dengan classmates form 6 yang mulai rapat dengan Ain. Ain pun sebenarnya dah mula rasa selesa dengan cara pembelajaran di form 6. Tapi demi family tercinta, Ain sanggup tunaikan hasrat mama dan ayah untuk merasa anak perempuannya ni belajar di IPTA.

Buat junior2 Ain yang tak dapat keputusan yang memberangsangkan, Ain mohon tolong jangan terlalu kecewa dan bersedih sehingga jadi give up sebab dalam dunia ni tak ada yang mustahil. Ain pernah lalui apa yang junior2 Ain lalui tu. Kita harus pandang ke hadapan dan jangan lagi memikirkan pasal hal yang telah berlaku pada diri kita. Dan ingin Ain tekankan di sini bahawa tak semestinya korang semua tersungkur semasa SPM, selamanya korang tersungkur. Dalam dunia mahasiswa U ni semua benda boleh berlaku. Kadang2, student yang dulunya masa sekolah tak perform dengan baik time SPM tapi dialah yang paling menonjol di U atau selalu dapat pointer yang sangat bagus setiap kali exam. Sebelum Ain cerita ni, Ain minta maaf kepada semua readers Ain. Tujuan Ain cerita ni hanya untuk berkongsi pengalaman Ain sebagai salah seorang senior kepada junior2 lepasan SPM 2012. Alhamdulillah, berkat usaha Ain masa semester 1, Ain dapat capai pointer yang pada Ain cukup membanggakan (3.38) walaupun Ain bukan salah seorang yang tersenarai dalam anugerah Dekan. Syukur Ain panjatkan kepada yang Maha Esa kerana Dia yang berkuasa atas setiap ciptaan-Nya di muka bumi ini.

So kepada junior2 Ain sekalian, nasib masa depan korang semua 100% terletak dalam tangan korang sendiri. Korang yang tentukan dengan usaha korang dan selebihnya kerja Allah yang Maha Esa.

Sekarang, Ain dah di penghujung semester 2. Minggu ni Ain sedang dalam mood final exam. Ada lagi 2 paper, so doakan supaya Ain boleh jawab semua paper dengan baik. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga pengalaman yang Ain kongsikan ni sedikit sebanyak dapat memberi perangsang buat junior2 semua. Tahniah! Syabas! Teruskan usaha :)

Sekian. Wassalam.

Nur Ain.