Salam Alaykum, readers!
Sekadar hiasan. Terima kasih kepada Encik Google :D
Tahniah Ain ucapkan kepada junior2 atas kejayaan cemerlang korang dalam
SPM 2012. Segala usaha korang telah membuahkan hasil yang sangat2 bermakna
dalam hidup korang. Bagi yang tak
mendapat keputusan yang di harapkan, korang janganlah bersedih dan menyesal
dengan apa yang telah ditakdirkan untuk korang.
Kat sini Ain nak kongsi pengalaman Ain dahulu ketika mendapat result SPM
(tahun 2011). Tak dinafikan Ain pernah melalui situasi pahit getir ketika
mendapat tahu result Ain tak lah seberapa bagus seperti yang diharapkan. Ain
pelajar aliran sains tulen dengan jumlah subjek yang di ambil adalah 10. Ketika
result diumumkan, Ain tak dapat datang ke sekolah kerana tiada pengangkutan.
Ain menerima berita result Ain daripada kawan sendiri. Dia menelefon Ain dan
mengatakan Ain hanya mendapat 4A sahaja. Menipulah kalau Ain kata Ain tak
menangis tapi Ain harus terima bahawa itu lah kenyataannya. Ain pun sedar
ketika Ain berada di form 4 & form 5, Ain leka dan suka sambil lewa dalam
hal pelajaran dan itu menyebabkan prestasi akademik Ain merudum.
Tapi sebenarnya Ain masih bertuah kerana daripada 10 subjek yang di ambil,
9 daripadanya Ain mendapat kepujian (credit) dan 1 lagi hanya lulus (gred E)
iaitu subjek Add Math. Walaupun Ain redha dengan result itu tapi bayangkanlah
ketika itu family seolah-olah menyalahkan Ain sepenuhnya terhadap apa yang dah terjadi
terhadap result Ain. Ain sedih yang teramat sangat tapi Ain pun sedar bahawa
semua yang berlaku berpunca dari kesilapan Ain juga. Apabila mama Ain mendapat
tahu anak2 jiran yang lain memperoleh result yang bagus, mama Ain akan
membandingkan Ain dengan anak2 jiran. Sedih bukan kepalang tapi Ain hanya mampu
mendiamkan diri dan berharap satu hari nanti Ain mampu membuktikan kepada
family yang Ain mampu berjaya kelak.
Ketika rakan2 seangkatan Ain berjaya menjejakkan kaki ke menara gading (universiti
@ matrikulasi) Ain hanya menyambung pelajaran di form 6. Memang Ain ditawarkan ke
form 6 aliran sains tapi Ain membuat permohonan pertukaran ke aliran sastera
kerana takut Ain tak mampu nak membawa beban subjek sains. Ain tahu family
terkilan kerana anak perempuannya yang merupakan anak sulung dalam keluarga tak
dapat menyambung pelajaran di mana2 IPTA tapi Ain pun sendiri tak mampu nak
mengubah apa2 kerana itulah kenyataannya yang Ain tak layak diterima masuk di
mana2 IPTA. Jadi mahu atau tak, family menghantar Ain ke form 6 dan Ain fikir itu
sahaja harapan terakhir Ain.
Namun, segalanya berubah ketika Ain hampir sebulan menjadi pelajar form
6. Satu hari, classmate Ain bagitau yang hari itu keputusan rayuan kemasukan ke
IPTA dah diumumkan. Ain baru teringat yang ayah Ain pernah cakap, dia ada
buatkan permohonan rayuan kemasukan ke IPTA. Ain pun pernah semak permohonan
yang ayah buat dan Ain ada tukar course yang ayah pilihkan iaitu tukar ke
course Diploma Teknologi Maklumat di UTHM Johor memandangkan Teknologi Maklumat
antara salah satu bidang yang menjadi kegemaran Ain. Masa tu Ain cuma isi saja,
tak pernah terfikir untuk berharap untuk berjaya masuk ke IPTA sebab masa tu
Ain fikir mungkin rezeki Ain di form 6. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu dan
tiada siapa yang boleh duga. Apabila waktu malam pada hari yang sama Ain check
keputusan rayuan tu ternyata Allah masih membuka pintu rezeki untuk Ain
menjejakkan kaki ke menara gading. Ain berjaya masuk ke UTHM dan mendapat
tawaran Diploma Teknologi Maklumat macam apa yang Ain mohon sebelum ini.
Disebabkan Ain dah dapat tawaran kemasukan ke IPTA tu, mama dengan rasa
terujanya suruh Ain berhenti form 6 dan terima tawaran tu. Ain pun turut rasa
gembira bila dapat tahu diri ni masih ada peluang untuk sama2 dengan rakan2
seangkatan yang lain menjejakkan kaki ke IPTA. Walaupun Ain gembira dengan
berita tawaran tu, tapi dalam hati tetap ada rasa sedih nak berpisah dengan classmates
form 6 yang mulai rapat dengan Ain. Ain pun sebenarnya dah mula rasa selesa
dengan cara pembelajaran di form 6. Tapi demi family tercinta, Ain sanggup
tunaikan hasrat mama dan ayah untuk merasa anak perempuannya ni belajar di
IPTA.
Buat junior2 Ain yang tak dapat keputusan yang memberangsangkan, Ain
mohon tolong jangan terlalu kecewa dan bersedih sehingga jadi give up sebab
dalam dunia ni tak ada yang mustahil. Ain pernah lalui apa yang junior2 Ain
lalui tu. Kita harus pandang ke hadapan dan jangan lagi memikirkan pasal hal
yang telah berlaku pada diri kita. Dan ingin Ain tekankan di sini bahawa tak
semestinya korang semua tersungkur semasa SPM, selamanya korang tersungkur.
Dalam dunia mahasiswa U ni semua benda boleh berlaku. Kadang2, student yang
dulunya masa sekolah tak perform dengan baik time SPM tapi dialah yang paling
menonjol di U atau selalu dapat pointer yang sangat bagus setiap kali exam. Sebelum
Ain cerita ni, Ain minta maaf kepada semua readers Ain. Tujuan Ain cerita ni
hanya untuk berkongsi pengalaman Ain sebagai salah seorang senior kepada
junior2 lepasan SPM 2012. Alhamdulillah, berkat usaha Ain masa semester 1, Ain
dapat capai pointer yang pada Ain cukup membanggakan (3.38) walaupun Ain bukan
salah seorang yang tersenarai dalam anugerah Dekan. Syukur Ain panjatkan kepada
yang Maha Esa kerana Dia yang berkuasa atas setiap ciptaan-Nya di muka bumi
ini.
So kepada junior2 Ain sekalian, nasib masa depan korang semua 100%
terletak dalam tangan korang sendiri. Korang yang tentukan dengan usaha korang
dan selebihnya kerja Allah yang Maha Esa.
Sekarang, Ain dah di penghujung semester 2. Minggu ni Ain sedang dalam
mood final exam. Ada lagi 2 paper, so doakan supaya Ain boleh jawab semua paper
dengan baik. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga pengalaman yang Ain
kongsikan ni sedikit sebanyak dapat memberi perangsang buat junior2 semua.
Tahniah! Syabas! Teruskan usaha :)
Sekian. Wassalam.
Nur Ain.
No comments:
Post a Comment