Salam Alaykum,
readers!
Nampak tak tajuk tu?
Hehe, R&R Siber? Apa benda tu? Pelik? Aneh? Tak masuk akal? Mustahil ada?
Haa haa jeng jeng jeng.. Jangan kalut, jangan panik, jangan gelabah. Itu hanya
bahasa kiasan je, maksud sebenar R&R siber tu merujuk kat blog-blog yang
selalu menjadi pilihan Ain bila surfing internet. So dah tau kan apa maksud
R&R siber kan? Jadi Ain dapat agak readers yang tengah baca entry ni
tertanya-tanya, ‘Blog siapa yang Ain suka baca? Blog aku ke?’ Haa betul tak?
Betul tak? Hahaha k tipu je. Gimik kejap :D Tanpa berlengah lagi, marilah kita
tengok siapa yang kena! Hee XD Drum please! Lol >.<
Irine Nadia Marcello
Dena Bahrin
Inilah 2 blog yang
menjadi pilihan Ain. Blog Irine Nadia Marcello dan Dena Bahrin. Celeblogger
famous pung pang pung pang abad ni. Cehh ayat! Haha. Readers mesti dah familiar
sangat kan dengan dua nama popular dalam dunia blog ni kan? Sampai budak-budak
yang takde blog pun boleh kenal so memang guarantee diorang berdua ni dah
popular. Plus plus, diorang ni antara perempuan yang cantik lagi jelita,
bergaya muslimah and cerdik pandai orangnya. Ain memang kagum dengan dua orang
blogger ni.
So kita mulakan dengan
sejarah perkenalan Ain dengan si cantik manis Irine Nadia. Ain kenal dia sejak
Ain form 3. Masa tu kawan kelas yang kenalkan, dia suka blogwalking blog orang.
Satu hari tu time kat bilik komputer dia panggil Ain and kawan-kawan lain
tengok satu blog ni. Masa form 3 Ain memang dah ada blog cuma tak aktif je (Hakikatnya
password account blog lupa T_T). Ain usha, geledah semua tempat dalam blog dia.
Sumpah! Best sangat baca blog Irine sebab time tu Irine still sekolah. Dia form
5 :) Dia cerita pasal pengalaman dia as student, kehidupan dia kat rumah, pasal
family and macam-macam lagi. Tu lah asal-usul macam mana Ain boleh mengenali
Irine. Kalau dikira sampai saat ni lebih kurang 4 tahun Ain kenal dia. Nak kata
lama tu tak jugak, nak kata baru pun tak jugak. Eh! putar-putar pulak ayat o.O
pening daa ~
Now Ain nak cerita
pulak sejarah perkenalan Ain dengan si comel molek Dena Bahrin. Antara blogger
yang nama dia selalu disebut-sebut dalam mana-mana blog. Macam Irine Nadia
jugak :) First time nampak Dena Bahrin ni kalau tak silap lah (Boleh pulak main
tak silap ye? Silap mata pulak nanti jadinya. Haha lol) Ain agak kat twitter
(Sila klik link twitter untuk follow Ain. Promote kejap XD). Ain dah lama
ada account twitter cuma Ain jarang meng-‘explore’ penghuni twitter tu.
Maklumlah wabak malas ni selalu je menyerang. Hee ^^ So satu hari tu, junior
sekolah cerita pasal Dena Bahrin. Yelah, Ain pun tak kenal kan? Dengar je lah
but after junior tu cerita Ain tanyalah siapa Dena tu, ala-ala tanya biodata
ringkas lah. Hihi :D So junior pun cakap suruh google kat internet so try cari
dia kat twitter sebab Dena ni aktif kat twitter. Dengan gigihnya Ain mencari
Dena di twitter and finally I got it! Yeahhh ^_^ Selongkar punya selongkar
account Dena tup tup nampak dia ada blog. Ain pun dengan pantas dan cekapnya
terus bukak blog dia. Blog dia simple tapi penuh dengan pengisian yang
mendalam. Susah nak jumpa blogger muda macam Dena ni yang cerita pasal hal-hal
kerohanian dan keagamaan. Sangat-sangat jarang. Ain rasa seronok baca setiap
entry dia even rasa macam terlambat mengenali dia :( but tu semua Ain tak kisah
sebab sekarang Ain dah jadi peminat tegar Dena. Hikhikhik X)
Tahun 2013, umur Irine
and Dena dah pun masuk 20-an. Masing-masing dah punya keluarga bahagia. Yang
paling teruja is Irine Nadia dengan suaminya tu bercinta sejak Irine lepas SPM
and bertuah sebab diorang dapat kekal then bersatu jadi suami isteri. Kisah
pertemuan jodoh Dena pulak amat menyentuh hati Ain pada mulanya. Jodoh yang
dicari dan ditetapkan oleh ibubapa Dena tapi sekarang Dena dapat kecapi bahagia
sama macam suami isteri yang berkahwin suka sama suka. Dena bertuah, Irine pun
bertuah. Diorang tu punya cerita berbeza tapi happy ending yang sama. Sweet
sangat! :’) Oh ya! Sebelum terlupa, tahniah Ain ucapkan kepada Dena atas
kelahiran baby boy yang comel yang buat wanita-wanita seluruh dunia cair
melihat dimples Saif Amaan Daniyal :D Tahniah Dena! Semoga baby Saif akan ikut
jejak langkah baik Ummi Dena and Abah Ariff ^.^ To Irine, tahniah sebab
kandungan Irine dah cecah 5 bulan. Tunggu Irine nak lahirkan baby comel pulak
after Dena. Ain doakan Irine sentiasa sihat walafiat bersama baby yang
dikandung sampai baby selamat dilahirkan.
Tamatlah sudah cerita
R&R siber dan segala alkisah sejarahnya. Hee. Sekian, wassalam.
Nur Ain.