n a v i g a t i o n

Back from my sleeping beauty

Assalamualaikum and hello geng!

Memang dah lama gila tak usik personal blog ni, last entry pun masa bulan May i guess. Haha so takpe lah. Hmm entry kali ni aku taknak cerita banyak sebab takde idea pun nak kupas pasal apa haha lol cuma sekarang ni aku dah officially jadi penganggur terhormat kat rumah T_T berhenti kerja sejak bulan 4 and aku takde duit!!! I know it sounds sad but nak buek camno? terima jelah hakikat ~

Sekarang ni aku kurang aktif blog yang ni sebab.......... aku makin aktif kat blog kaunseling/consultation blog haa (klik kat tepi sidebar tu, another blog :D) Hermm maklumlah, blog baru memang ditatang macam nak rak and akhirnya rak pun patah entah kemana HAHAHAHAHAHAHA. Tapi inshaAllah tak lah jadi macam tu. Sementara aku tak kerja ni aku rajinlah cari info and benda-benda penting pasal kemasukan program untuk lepasan SPM. Kenapa aku cari info program untuk lepasan SPM? sebab aku nak mengulang diploma lahhhhh EHHH!! tak tak, bukan sebab tu. Aku nak tolong adik-adik lepasan SPM yang takde chance nak masuk U masa apply UPU yang lepas.

Aku faham perasaan adik-adik yang tak berjaya dapat offer U sebab aku pun dulu macam diorang weh! cuma bezanya aku dapat rayuan UPU tapi whatever it is, tetap faham perasaan sedih diorang k? kepada sesapa yang baca entry ni and dah blogwalking consultation blog aku tu bolehlah sebar-sebarkan kat kawan-kawan, junior or adik-adik korang yang baru habis SPM or yang akan tamat form 5 tahun ni.

Kat sini jugak aku nak cakap yang fragmen novel handmade aku tu akan di-draftkan dulu or dibekukan (boleh pakai ke word sebelah ni? herm...) daripada siaran online (siaran sangat, gila curlas kau jemah oiii!) kat blog aku ni sebab......aku tengah sibuk uruskan blog satu lagi kan? Hahahahahahahahaha so mood jiwang drama novel luar biasa/separuh masa dan sebagainya tu belum tiba *sila cubit aku sebab malas nak post bab novel tu!! arghhhhh stress guwa -_________-

Before aku nak tamatkan entry ni, mohon doa para readers semua doakan aku dapat furthur degree September nanti eh? berharap nak sambung dalam course Sarjanamuda Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat), so doakan eh eh? doa camni "Ya Allah ya Tuhanku, aku berdoa semoga hajat Nurain Syahirah untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dimakbulkan dan berikanlah dia program ijazah Sarjanamuda Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat). Aamiin ya rabbal Alamin" hehehehe thank you guys! love you much, xoxo <3

So mari aku hidangkan dengan few gambar blog aku kahkah! yelah, blog ni pun dah berdesign baru kannn. Jom layan ~

takyah klik untuk tumbesaran sebab ni memang design blog aku yang kau tengah skodeng ni haha!

jemput singgah @ http://nurasyahirah.blogspot.com
BYE!