n a v i g a t i o n

3-in-1 bedtime story

Salam Alaykum geng!

Dah lama kan aku tak update blog. Berminggu-minggu jugak rasanya ni. Hahahaha nampak sangat malasnya melambung tinggi lol. Taknak banyak cakap let’s go to our title today. Haa nampak kan? Bedtime story (bedtime story lah sangat) hehe sebenarnya tu gimik je lebih. Post kali ni aku nak coretkan sikit pasal cuti sem aku selama hampir 3 bulan, starting June until August. Sebagai mukadimah story (ececey haha) sebelum cuti start, aku ada short sem yang terus disambung kuliahnya selepas 2nd sem. So far Alhamdulillah aku dapat result final exam bagi kedua-dua sem lepas amat membanggakan bagi diri aku sendiri. Setakat ni yang boleh aku katakan aku memperoleh CPA dalam kategori kedudukan baik. Hehehe syukur kepada Allah.

Now kita tutup cerita pasal exam aku semua. Aku nak masuk cerita kedua ni (selak mukasurat sebelah) hahahahaha. Since aku pun cuti sem ni, aku dengan bangganya mengisytiharkan (macam pengumuman raya lol) haha aku actually tengah bekerja part time even dah nak dekat raya ni aku makin sibuk kerja. Kerja apa? Rahsia! Hahaha takda lah rahsia mana cuma aku ambil upah buat kuih raya dan kerepek daripada jiran sebelah rumah sepanjang bulan puasa ni. Antara kuih yang aku dah buat biskut aiskrim, biskut almond London, biskut toasted coconut dan kerepek tiram. Syukur lah at least masa cuti aku tak terbuang macam tu disamping dapat income sikit sikit kan? Hehehe.


Biskut Toasted Coconut


Biskut Aiskrim


Kerepek Tiram


Almond London

(thank you for Google untuk gambar kuih raya yang sedap hingga menjilat balang kuih! lol)

Finally (mukasurat terakhir) hahahaha dah nak habis pulak bedtime story kita ni. Aku tahu dah ter-sangat-sangat lambat tahap infinity aku nak ucap selamat berpuasa dan salam ramadhan tapi tak salah kan kalau aku still nak ucap sebab aku tau sekarang ni kita dalam minggu akhir berpuasa sebelum lebaran. Lagi menguntungkan sebab minggu ni antara minggu yang terkandungnya malam Lailatul Qadar. Aku yakin semua yang beragama Islam tahu. Kat sini aku kongsikan sikit maklumat yang aku tau tentang malam Lailatul Qadar.

Malam Lailatul Qadar malam yang baik dari seribu malam. Malam pengampunan yang diberi oleh Allah kepada hambaNya. Selain itu, kita digalakkan melipat gandakan ibadah seperti qiamullail pada malam-malam yang dijangka malam Lailatul Qadar. Ada ustaz-ustaz cakap, suasana malam Lailatul Qadar tu lain daripada malam biasa. Orang yang betul-betul tawadhu’ dalam ibadahnya boleh merasa kehadiran malam tu yang dikatakan dijumpai pada malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir ramadhan. Selain tu, ada yang berpendapat cuaca pada malam Lailatul Qadar jugak berbeza seperti awan tak terlalu mendung tak terlalu cerah dan matahari tak seterik biasa pada hujung panasnya (ayat cuaca ni aku sendiri pun tak dapat nak describe uhuhu). Wallahualam semua tu hanya pendapat tentang tanda-tandanya saja tapi yang penting kita kena berusaha lah kan cari malam tu? Jangan lah dok menunggu macam bulan jatuh ke riba. Memang tak dapek lah den nak nolong. Tak gitu cik Yah? Cik Nab? Cik Mah? Hahahahahaha lol.

Tamatlah sudah bedtime story kali ini. Kita sambung di malam (atau hari lain lah) ye? Hehehehe. Lagi sekali aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Aku faham korang semua tengah sibuk buat persiapan raya kan? (sama jugak macam aku hahahaha). Ok, bye Wassalam! ;)


p/s: post gambar kuih raya tengah malam ni bagi perut korang melompat-lompat berkeriut lagu rock campur joget zapin hahahaha (ketawa yang ter-amat ketara kejahatannya >:D).


Two reflections into one.


Salam Alaykum readers!

Nampak tak tajuk kat atas? Rasa macam pernah nampak je ayat tu dalam lirik lagu kan? Yes! Memang lirik lagu pun. Lagu Mirrors – Justin Timberlake. Mula-mula aku admit, aku tak terfikir nak dengar lagu tu sebab buat andaian mungkin lagu tu tak best but finally atas pengaruh seseorang aku pun cuba dengar lagu tu tapi cover version by Boyce Avenue feat. Fifth Harmony. Memang superb! Sila lah dengar cover diorang ni. Pasti tak mengecewakan anda semua. Suara dan vokal memang mantap! :’)

Ok, cukup dengan pengenalan pasal lagu Mirrors tu sebab ada lagi hal lebih penting. Haha penting lah sangat.. Actually aku suka dengar lagu Mirrors yang cover tu sebab melodi lagu tu lebih menyenangkan telinga aku untuk terus mendengar. Plus liriknya pada aku amat-amat mendalam. Sometimes macam menyentuh hati jugak.. Hmm :’) dengan suara Boyce Avenue and Fifth Harmony yang bawa lagu tu, lagi lah mendayu-dayu and I’m feeling like my tears fall down naturally. Nak je bagitau yang lagu tu macam memahami emosi dan perasaan aku masa aku sedih. Haha :’D

Terlalu complicated nak huraikan apa yang bermain dalam fikiran dan hati aku. Complicated? Ye ke? Atau aku ni suka sangat pendam semua yang berlaku sorang-sorang? Ahhh! Tak kisah lah pendam ke apa ke, yang penting tujuan aku cuma taknak besarkan keadaan jadi lebih rumit. Payah nanti dan membebankan banyak pihak. Tapi jujur lah kan, sesiapa pun yang pendam tak kira apa pun masalah dia kecik ke besar, tetap rasa sakit. Aku pun tak terlepas rasa benda yang sama. Tapi kita manusia, hidup dengan manusia yang lain tolak ansur, bertimbang rasa, faham memahami dan belas kasihan tu wajib ada.

Terasa hati? Ada.
Merajuk? Ada.
Sedih? Ada.
Marah? Ada.
Sakit? Ada.
Kecewa? Ada.
Fobia? Ada.
Takut? Ada.
Menangis? Ada.

Ada. Ada.  Dan.. Ada.

Kena tabah? Ya!
Kena kuat? Ya!
Kena sabar? Ya!
Kena tahan sakit? Ya!
Kena senyum? Ya!
Kena memaafkan? Ya!
Kena mengalah? Ya!

Ya. Ya dan Ya..

Dan aku sangat-sangat tak kuat serta lemah selemah-lemahnya bila aku jatuh sakit teruk. Time tu satu je yang aku harapkan orang-orang yang aku sayang bersama aku. Aku nak minta 1 peratus daripada 100 peratus perhatian mereka untuk aku, khas time aku sakit. Tu je.. Hmm.. Terima kasih aku ucapkan :’)


R&R Siber yang Menjadi Pilihan

Salam Alaykum, readers!

Nampak tak tajuk tu? Hehe, R&R Siber? Apa benda tu? Pelik? Aneh? Tak masuk akal? Mustahil ada? Haa haa jeng jeng jeng.. Jangan kalut, jangan panik, jangan gelabah. Itu hanya bahasa kiasan je, maksud sebenar R&R siber tu merujuk kat blog-blog yang selalu menjadi pilihan Ain bila surfing internet. So dah tau kan apa maksud R&R siber kan? Jadi Ain dapat agak readers yang tengah baca entry ni tertanya-tanya, ‘Blog siapa yang Ain suka baca? Blog aku ke?’ Haa betul tak? Betul tak? Hahaha k tipu je. Gimik kejap :D Tanpa berlengah lagi, marilah kita tengok siapa yang kena! Hee XD Drum please! Lol >.<


Irine Nadia Marcello


Dena Bahrin


Inilah 2 blog yang menjadi pilihan Ain. Blog Irine Nadia Marcello dan Dena Bahrin. Celeblogger famous pung pang pung pang abad ni. Cehh ayat! Haha. Readers mesti dah familiar sangat kan dengan dua nama popular dalam dunia blog ni kan? Sampai budak-budak yang takde blog pun boleh kenal so memang guarantee diorang berdua ni dah popular. Plus plus, diorang ni antara perempuan yang cantik lagi jelita, bergaya muslimah and cerdik pandai orangnya. Ain memang kagum dengan dua orang blogger ni.

So kita mulakan dengan sejarah perkenalan Ain dengan si cantik manis Irine Nadia. Ain kenal dia sejak Ain form 3. Masa tu kawan kelas yang kenalkan, dia suka blogwalking blog orang. Satu hari tu time kat bilik komputer dia panggil Ain and kawan-kawan lain tengok satu blog ni. Masa form 3 Ain memang dah ada blog cuma tak aktif je (Hakikatnya password account blog lupa T_T). Ain usha, geledah semua tempat dalam blog dia. Sumpah! Best sangat baca blog Irine sebab time tu Irine still sekolah. Dia form 5 :) Dia cerita pasal pengalaman dia as student, kehidupan dia kat rumah, pasal family and macam-macam lagi. Tu lah asal-usul macam mana Ain boleh mengenali Irine. Kalau dikira sampai saat ni lebih kurang 4 tahun Ain kenal dia. Nak kata lama tu tak jugak, nak kata baru pun tak jugak. Eh! putar-putar pulak ayat o.O pening daa ~

Now Ain nak cerita pulak sejarah perkenalan Ain dengan si comel molek Dena Bahrin. Antara blogger yang nama dia selalu disebut-sebut dalam mana-mana blog. Macam Irine Nadia jugak :) First time nampak Dena Bahrin ni kalau tak silap lah (Boleh pulak main tak silap ye? Silap mata pulak nanti jadinya. Haha lol) Ain agak kat twitter (Sila klik link twitter untuk follow Ain. Promote kejap XD). Ain dah lama ada account twitter cuma Ain jarang meng-‘explore’ penghuni twitter tu. Maklumlah wabak malas ni selalu je menyerang. Hee ^^ So satu hari tu, junior sekolah cerita pasal Dena Bahrin. Yelah, Ain pun tak kenal kan? Dengar je lah but after junior tu cerita Ain tanyalah siapa Dena tu, ala-ala tanya biodata ringkas lah. Hihi :D So junior pun cakap suruh google kat internet so try cari dia kat twitter sebab Dena ni aktif kat twitter. Dengan gigihnya Ain mencari Dena di twitter and finally I got it! Yeahhh ^_^ Selongkar punya selongkar account Dena tup tup nampak dia ada blog. Ain pun dengan pantas dan cekapnya terus bukak blog dia. Blog dia simple tapi penuh dengan pengisian yang mendalam. Susah nak jumpa blogger muda macam Dena ni yang cerita pasal hal-hal kerohanian dan keagamaan. Sangat-sangat jarang. Ain rasa seronok baca setiap entry dia even rasa macam terlambat mengenali dia :( but tu semua Ain tak kisah sebab sekarang Ain dah jadi peminat tegar Dena. Hikhikhik X)

Tahun 2013, umur Irine and Dena dah pun masuk 20-an. Masing-masing dah punya keluarga bahagia. Yang paling teruja is Irine Nadia dengan suaminya tu bercinta sejak Irine lepas SPM and bertuah sebab diorang dapat kekal then bersatu jadi suami isteri. Kisah pertemuan jodoh Dena pulak amat menyentuh hati Ain pada mulanya. Jodoh yang dicari dan ditetapkan oleh ibubapa Dena tapi sekarang Dena dapat kecapi bahagia sama macam suami isteri yang berkahwin suka sama suka. Dena bertuah, Irine pun bertuah. Diorang tu punya cerita berbeza tapi happy ending yang sama. Sweet sangat! :’) Oh ya! Sebelum terlupa, tahniah Ain ucapkan kepada Dena atas kelahiran baby boy yang comel yang buat wanita-wanita seluruh dunia cair melihat dimples Saif Amaan Daniyal :D Tahniah Dena! Semoga baby Saif akan ikut jejak langkah baik Ummi Dena and Abah Ariff ^.^ To Irine, tahniah sebab kandungan Irine dah cecah 5 bulan. Tunggu Irine nak lahirkan baby comel pulak after Dena. Ain doakan Irine sentiasa sihat walafiat bersama baby yang dikandung sampai baby selamat dilahirkan.

Tamatlah sudah cerita R&R siber dan segala alkisah sejarahnya. Hee. Sekian, wassalam.

Nur Ain.

Yakinlah. Ini bukan penghujung kehidupanmu.


Salam Alaykum, readers!

Sekadar hiasan. Terima kasih kepada Encik Google :D

Tahniah Ain ucapkan kepada junior2 atas kejayaan cemerlang korang dalam SPM 2012. Segala usaha korang telah membuahkan hasil yang sangat2 bermakna dalam hidup korang.  Bagi yang tak mendapat keputusan yang di harapkan, korang janganlah bersedih dan menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan untuk korang.

Kat sini Ain nak kongsi pengalaman Ain dahulu ketika mendapat result SPM (tahun 2011). Tak dinafikan Ain pernah melalui situasi pahit getir ketika mendapat tahu result Ain tak lah seberapa bagus seperti yang diharapkan. Ain pelajar aliran sains tulen dengan jumlah subjek yang di ambil adalah 10. Ketika result diumumkan, Ain tak dapat datang ke sekolah kerana tiada pengangkutan. Ain menerima berita result Ain daripada kawan sendiri. Dia menelefon Ain dan mengatakan Ain hanya mendapat 4A sahaja. Menipulah kalau Ain kata Ain tak menangis tapi Ain harus terima bahawa itu lah kenyataannya. Ain pun sedar ketika Ain berada di form 4 & form 5, Ain leka dan suka sambil lewa dalam hal pelajaran dan itu menyebabkan prestasi akademik Ain merudum.

Tapi sebenarnya Ain masih bertuah kerana daripada 10 subjek yang di ambil, 9 daripadanya Ain mendapat kepujian (credit) dan 1 lagi hanya lulus (gred E) iaitu subjek Add Math. Walaupun Ain redha dengan result itu tapi bayangkanlah ketika itu family seolah-olah menyalahkan Ain sepenuhnya terhadap apa yang dah terjadi terhadap result Ain. Ain sedih yang teramat sangat tapi Ain pun sedar bahawa semua yang berlaku berpunca dari kesilapan Ain juga. Apabila mama Ain mendapat tahu anak2 jiran yang lain memperoleh result yang bagus, mama Ain akan membandingkan Ain dengan anak2 jiran. Sedih bukan kepalang tapi Ain hanya mampu mendiamkan diri dan berharap satu hari nanti Ain mampu membuktikan kepada family yang Ain mampu berjaya kelak.

Ketika rakan2 seangkatan Ain berjaya menjejakkan kaki ke menara gading (universiti @ matrikulasi) Ain hanya menyambung pelajaran di form 6. Memang Ain ditawarkan ke form 6 aliran sains tapi Ain membuat permohonan pertukaran ke aliran sastera kerana takut Ain tak mampu nak membawa beban subjek sains. Ain tahu family terkilan kerana anak perempuannya yang merupakan anak sulung dalam keluarga tak dapat menyambung pelajaran di mana2 IPTA tapi Ain pun sendiri tak mampu nak mengubah apa2 kerana itulah kenyataannya yang Ain tak layak diterima masuk di mana2 IPTA. Jadi mahu atau tak, family menghantar Ain ke form 6 dan Ain fikir itu sahaja harapan terakhir Ain.

Namun, segalanya berubah ketika Ain hampir sebulan menjadi pelajar form 6. Satu hari, classmate Ain bagitau yang hari itu keputusan rayuan kemasukan ke IPTA dah diumumkan. Ain baru teringat yang ayah Ain pernah cakap, dia ada buatkan permohonan rayuan kemasukan ke IPTA. Ain pun pernah semak permohonan yang ayah buat dan Ain ada tukar course yang ayah pilihkan iaitu tukar ke course Diploma Teknologi Maklumat di UTHM Johor memandangkan Teknologi Maklumat antara salah satu bidang yang menjadi kegemaran Ain. Masa tu Ain cuma isi saja, tak pernah terfikir untuk berharap untuk berjaya masuk ke IPTA sebab masa tu Ain fikir mungkin rezeki Ain di form 6. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu dan tiada siapa yang boleh duga. Apabila waktu malam pada hari yang sama Ain check keputusan rayuan tu ternyata Allah masih membuka pintu rezeki untuk Ain menjejakkan kaki ke menara gading. Ain berjaya masuk ke UTHM dan mendapat tawaran Diploma Teknologi Maklumat macam apa yang Ain mohon sebelum ini.



Disebabkan Ain dah dapat tawaran kemasukan ke IPTA tu, mama dengan rasa terujanya suruh Ain berhenti form 6 dan terima tawaran tu. Ain pun turut rasa gembira bila dapat tahu diri ni masih ada peluang untuk sama2 dengan rakan2 seangkatan yang lain menjejakkan kaki ke IPTA. Walaupun Ain gembira dengan berita tawaran tu, tapi dalam hati tetap ada rasa sedih nak berpisah dengan classmates form 6 yang mulai rapat dengan Ain. Ain pun sebenarnya dah mula rasa selesa dengan cara pembelajaran di form 6. Tapi demi family tercinta, Ain sanggup tunaikan hasrat mama dan ayah untuk merasa anak perempuannya ni belajar di IPTA.

Buat junior2 Ain yang tak dapat keputusan yang memberangsangkan, Ain mohon tolong jangan terlalu kecewa dan bersedih sehingga jadi give up sebab dalam dunia ni tak ada yang mustahil. Ain pernah lalui apa yang junior2 Ain lalui tu. Kita harus pandang ke hadapan dan jangan lagi memikirkan pasal hal yang telah berlaku pada diri kita. Dan ingin Ain tekankan di sini bahawa tak semestinya korang semua tersungkur semasa SPM, selamanya korang tersungkur. Dalam dunia mahasiswa U ni semua benda boleh berlaku. Kadang2, student yang dulunya masa sekolah tak perform dengan baik time SPM tapi dialah yang paling menonjol di U atau selalu dapat pointer yang sangat bagus setiap kali exam. Sebelum Ain cerita ni, Ain minta maaf kepada semua readers Ain. Tujuan Ain cerita ni hanya untuk berkongsi pengalaman Ain sebagai salah seorang senior kepada junior2 lepasan SPM 2012. Alhamdulillah, berkat usaha Ain masa semester 1, Ain dapat capai pointer yang pada Ain cukup membanggakan (3.38) walaupun Ain bukan salah seorang yang tersenarai dalam anugerah Dekan. Syukur Ain panjatkan kepada yang Maha Esa kerana Dia yang berkuasa atas setiap ciptaan-Nya di muka bumi ini.

So kepada junior2 Ain sekalian, nasib masa depan korang semua 100% terletak dalam tangan korang sendiri. Korang yang tentukan dengan usaha korang dan selebihnya kerja Allah yang Maha Esa.

Sekarang, Ain dah di penghujung semester 2. Minggu ni Ain sedang dalam mood final exam. Ada lagi 2 paper, so doakan supaya Ain boleh jawab semua paper dengan baik. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga pengalaman yang Ain kongsikan ni sedikit sebanyak dapat memberi perangsang buat junior2 semua. Tahniah! Syabas! Teruskan usaha :)

Sekian. Wassalam.

Nur Ain.

Ada yang kata tak relevan. Ada yang kata sentimental value. Mana satu?


Salam Alaykum, readers!

Pejabat pos! Hehe itu topik kita kali ni. Hah? Pejabat pos? Ada apa dengan pejabat pos? Kenapa Ain pilih pejabat pos? Adakah Ain akan bekerja sebagai staf pejabat pos? Atau membuka pejabat pos? Hahaha. Tunggu dan lihat k? ;)

Mesti pelik bila kali ni Ain cerita pasal pejabat pos. Yelah, zaman sekarang pejabat semakin dipinggirkan kan? Tu pada pandangan mata Ain lah. Hee. Tapi Ain tau setiap orang ada pandangan masing-masing tentang pejabat pos dan kewujudannya yang masih kekal sehingga ke hari ni.

Ain sebenarnya nak berkongsi pendapat dan pengalaman pasal pejabat pos. Ain sangat-sangat suka dengan pejabat pos! Haha lol. Okay, okay jangan panik. Nampak ayat Ain macam sudah jatuh cinta dengan pejabat pos. Jangan fikir lain, Ain takkan bercinta dengan pejabat pos. Haha. Ain masih manusia yang ada fitrah sama macam wanita lain. Hihi :D

Ain suka pejabat pos tu maksudnya Ain suka sangat menghantar segala jenis barang yang boleh dihantar seperti surat, kad, hadiah, etc dengan menggunakan perkhidmatan pos. Sebab apa? Sebab Ain rasa setiap kali barang-barang tu di hantar melalui perkhidmatan pos, Ain dapat rasa sentimental value yang tersendiri. Lain dari yang lain. Perghh ayat! :D Okay, jangan gelak. Sentimental value yang Ain cakap tu macam bila seseorang yang menerima apa yang kita hantar tu mesti dia akan rasa terharu, rasa dihargai, rasa dihargai, yelah tak semua orang guna perkhidmatan pos ni. Jadi orang yang menerima tu akan rasa juga sentimantal value sama macam apa yang kita rasa. Ni pada pendapat Ain je lah. Kita pun jarang jumpa orang sekarang especially generasi muda macam Ain, gunakan perkhidmatan pos. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, kad ucapan hari raya pun dah guna virtual card.

Ain sendiri pun suka sangat bila kawan atau saudara mara hantar kad thru post service ni. Excited sangat bila dapat. Macam nak tayang satu Malaysia yang Ain dapat kad tu, ada cop pejabat pos, ada setem semua. Hahaha dengar memang lawak sebab nampak macam orang jakun kan? :D Tapi serius tu lah yang Ain rasa. Masa lepas SPM tahun lepas, awal tahun berduyun-duyun surat IPT datang rumah. Eh, macam orang pulak, ‘berduyun-duyun’ :P Dapat surat banyak setelah 18 tahun hidup, mau tak happy. Even semuanya surat offer sambung study dari IPTS but honestly Ain masih simpan and surat tu kekal elok sampai ke saat ni. Ada lah penuh satu file plastic yang macam document case tu XD Tu namanya Ain menghargai surat-surat yang datang dari semua tempat, jauh dan dekat. Cewahhh! :P Ayat poyo! Hee lol.

Tapi ada sesetengah orang cakap, ‘Buat apa guna pejabat pos? Dah ada fb, twitter, blog, email. Now ada whatsapp, viber, gunakan je lah benda alah tu semua if nak wish apa-apa. Susahkan diri je hantar kad guna post service. Membazir.’ Tu kata-kata orang yang menganggap wujudnya pejabat pos tu tak berguna dalam kehidupannya. Kekadang dengar macam nak marah pun ada, tapi tu hak diorang. Ain Cuma mampu menghormati pandangan diorang. Pada diorang, tak relevan lagi kalau orang masih gunakan post service setakat hantar hadiah macam kad-kad or surat. Diorang fikir dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, tak perlu membazir wang ringgit, masa, dan tenaga yang banyak ke pejabat pos semata nak hantar benda simple macam tu. Dan kerana alasan yang sebegitulah, diorang menganggap tidak relevan lagi menggunakan post service for simple things. Takpe lah, tak perlulah kita nak berdebat pasal pejabat pos dan perkhidmatannya. Pandai-pandailah kita semua ni memilih dan menilai sejauh mana kepentingannya kepada kita semua.

BUT! Hehehe Ain tetap tekankan yang Ain lebih memilih pejabat pos dan segala perkhidmatannya sebab Ain mempunyai alasan kukuh macam wujudnya sentimental value di sebalik setiap barang yang dihantar oleh pengirim dan penerima juga akan turut merasa. Cehh! Cehh! :P And one more, Ain nak terapkan dalam diri supaya menggunakan perkhidmatan pos sampai bila-bila walaupun teknologi mengatasi segalanya. Hehe peace ^^v

Sebelum Ain mengakhiri entry ni, Ain bagi sikit epilog cerita k k? Semestinya happy ending punya :D



OK! Sekian, wassalam.

Nur Ain.

Antara Ilmu dan Hati


Salam Alaykum.

Dah lama tak update blog ni. Berzaman jugak kot? Huhu. Pity on me sebab membiarkan my newborn baby bloggie ni kesepian tanpa teman di sisi. Lol. Haha k Ain dah start kerepek ni. Haha. Hari ni Ain nak share something about Ilmu dan Hati.

Semua orang kat dunia ni tahu apa tu ilmu, apa tu hati. Cuma bahasa dan ejaan yang membezakan dua perkara ni tapi ianya tetap punya maksud yang sama. Kenapa Ain cerita pasal dua perkara ni? Sebab dua perkara ni sangat-sangat berkait rapat dengan diri dan kehidupan kita. Ain tak nafikan as student Ain pun kekadang terlalu ‘enjoy’ the life as teen sampai satu tahap kita boleh hanyut dalam fantasi menyeronokkan yang diciptakan oleh hawa nafsu dan dorongan syaitan semata-mata walhal fantasi tu kalau kita terlalu asyik sehingga tak mampu untuk melepaskannya mampu menjerumuskan kita kepada seksa dan azab yang Maha Esa. Nauzubillah.

Ok, tu sebagai mukaddimah entry. Ain pun manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Manusia biasa yang tak lepas dari masa silam dan dosa-dosa lalu. Cuma kita perlu sentiasa muhasabah diri dan segera beristighfar serta memohon taubat kepada-Nya. Mudah-mudahan segala urusan kehidupan kita berjalan lancar.

Now berbalik kepada Ilmu dan Hati. Kita semua pernah tak sedar yang ilmu dan hati tu ada hubungan yang sangat akrab. Umpama isi dan kuku. Tapi pernah tak kita alami situasi macam ni, “Puas aku hafal, aku baca, tapi satu apa pun aku tak faham apa yang aku baca. Fed up pulak”. Mesti dah biasa dengan situasi ni kan? Even bukan kita yang alami, maybe roomate kita or classmate kita. Semua tu kita kena rewind balik apa yang pernah kita lakukan dulu. Cuba ingat dosa apa yang pernah kita buat. Maybe kita pernah buat sesuatu yang dilarang oleh Allah, maybe kita pernah mengumpat orang-orang disekeliling kita, maybe kita pernah melawan cakap ibu bapa kita or maybe kita sendiri jauh dengan Allah. Tapi kat sini Ain nak tekankan part akhir tu – Jauh dengan Allah.

Selalu orang cakap ‘nak tumbesaran badan yang sihat, kenalah makan makanan yang berkhasiat’. Sama juga macam hati, kalau nak hati kita sihat dan bersih kenalah bagi makan makanan yang suci dan yang baik-baik je. Macam yang Ain cakap kat atas tadi, kita alami situasi susah untuk menghafal atau memahami apa yang diajar. Semua tu ada berkait dengan hati kita. Kita kena selidik hati kita tu macam mana keadaannya. apa hati kita tu subur dan sihat atau kering kontang dan kemarau berpanjangan? Sebab tu lah Ain tekankan perkara ‘Jauh dengan Allah’ tu. Kita sebenarnya tak sedar situasi untuk menimba ilmu tu menjadi susah sebab hati kita jauh dengan Allah. Kat sini lah kita akan tahu betapa besarnya hubungan antara ilmu dan hati.

Hati yang sihat, yang suci, yang subur ialah selalu hati yang sering mengingati Allah sebagai pencipta, sebagai Tuhan yang Esa. Hati yang sihat, yang suci, yang subur ialah hati yang sentiasa dekat dengan Allah sebagai Tuhannya dan Rasulullah sebagai kekasihnya dengan zikir-zikir dan selawat. Hati yang sihat, yang suci, yang subur ialah hati berprinsip Ammar Makruf dan Nahi Mungkar. Hati yang sihat, yang suci, yang subur ialah hati yang tiada titik-titik hitam yang mampu menodai kebersihan hati tu. Apa itu titik hitam? Titik hitam sangat senang diperoleh. Malah dalam sehari tu, kita boleh dapat lebih dari satu titik hitam yang melekat di hati. Bagaimana caranya? Satu dosa bersamaan satu titik. Cuba kita renungkan andai sehari kita mampu lakukan 10 dosa, tak kira dosa kecil or dosa besar, kita akan dapat 10 titik hitam dalam hati. Then kita darabkan 10 titik hitam tu dengan 10 hari berapa jumlahnya? 100 titik hitam muncul di hati kita. Banyak kan? Kerana titik-titik hitam ni lah buat kita payah dan susah nak menimba ilmu.

Dan mesti ada yang tertanya, “Macam mana nak hilangkan kesan titik-titik hitam tu?” Kat sini Ain bagi 2 cara yang mudah untuk kita semua lakukan. First, banyakkan istighfar setiap kali kita sedar kita telah lakukan kesalahan. Kemudian cepat-cepat memohon ampun dan taubat kepada Allah. kalau ianya melibatkan kesalahan sesama manusia, kita mohon ampun kat orang tersebut. Second, rajinkanlah kaki untuk menghadiri majlis ilmu. Majlis ilmu yang kita hadiri tak lah semeriah majlis perkahwinan tapi manfaatnya dan pahalanya yang kita dapat tu berkekalan dan boleh dijadikan bekalan untuk di Akhirat kelak. Tapi kita suka ambil sambil lewa tentang majlis ilmu padahal apabila kita berada di majlis ilmu tu kita diumpamakan duduk di salah satu taman syurga Allah dan para malaikat mendoakan untuk kita. So harapnya lepas ni, kita semua termasuk kat diri Ain sendiri juga agar selalu ringankan tulang-tulang kaki ni untuk jejak dan mengambil sedikit masa dari 24 jam tu untuk mendengar ceramah kat majlis ilmu.

Before I forget, ni extra facts. Orang yang hatinya terlalu bersih dan sangat-sangat sempurna sucinya Allah mampu bukakan hijab untuknya dan dia boleh melihat perkara yang sudah berlaku pada waktu lepas dan perkara yang sedang berlaku even dia sendiri tak berada di tempat tu. Bestkan? Ain kalau boleh nak jadi salah seorang daripada manusia yang mempunyai kelebihan tu. Semua tu kuasa Allah yang Maha Besar. Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha, bertawakkal dan berdoa kepada-Nya kerana tiada apa yang mustahil di sisi Allah – “Kun Fayakun” dengan sekelip mata mampu merubah apa sahaja mengikut kehendak Allah Taala.

Sekian, wassalam.

Nur Ain.

Welcome to my new home :)

Assalamualaikum.

Masih ingat lagi pada saya? Kenal lagi tak? Hehe. Ni blog baru saya yang diberi nama khas Nur Ain. Maybe pada sesiapa yang baru berkunjung ke sini masih tak kenal lagi saya kan kan? Takpe takpe, kita akan mulakan dengan sesi suai kenal dulu. Hehehe. Nama diberi ialah Nurain Syahirah Mohd Yunus. Lain-lain info tentang saya, awak semua boleh baca di sidebar ok? :D sebelum ni saya pernah ada blog, blog yang telah bertahun lamanya saya jaga since form 2. URL blog tu beautifulsyahirah.blogspot.com :) blog yang saya buat since form 2 tapi saya dah delete sebab rasa macam tak best pulak blog tu. Hehehe eh boleh pulak rasa-rasa tak best kan? Actually bukan apa, dalam blog tu banyak entry yang penulisannya macam kebudak-budakkan? Hmm.. yeke? Entah lah, unknown and undefined. Pada saya maybe macam childish sebab blog tu pun since saya sekolah menengah so tak hairanlah kalau story yang ditulis kelakar and tak masuk akal pun ada. Hihihi. Rasanya ni jelah entry pendahuluan buat masa ni kat blog baru saya ni. Nantikan entry-entry yang lain dari saya ye? Hehe ;)

Sekian, wassalam.

Nur Ain.