Salam Alaykum readers!
Nampak tak tajuk kat atas? Rasa macam pernah nampak je ayat tu dalam
lirik lagu kan? Yes! Memang lirik lagu pun. Lagu Mirrors – Justin Timberlake.
Mula-mula aku admit, aku tak terfikir nak dengar lagu tu sebab buat andaian
mungkin lagu tu tak best but finally atas pengaruh seseorang aku pun cuba
dengar lagu tu tapi cover version by Boyce Avenue feat. Fifth Harmony. Memang
superb! Sila lah dengar cover diorang ni. Pasti tak mengecewakan anda semua.
Suara dan vokal memang mantap! :’)
Ok, cukup dengan pengenalan pasal lagu Mirrors tu sebab ada lagi hal
lebih penting. Haha penting lah sangat.. Actually aku suka dengar lagu Mirrors
yang cover tu sebab melodi lagu tu lebih menyenangkan telinga aku untuk terus
mendengar. Plus liriknya pada aku amat-amat mendalam. Sometimes macam menyentuh
hati jugak.. Hmm :’) dengan suara Boyce Avenue and Fifth Harmony yang bawa lagu
tu, lagi lah mendayu-dayu and I’m feeling like my tears fall down naturally.
Nak je bagitau yang lagu tu macam memahami emosi dan perasaan aku masa aku
sedih. Haha :’D
Terlalu complicated nak huraikan apa yang bermain dalam fikiran dan hati
aku. Complicated? Ye ke? Atau aku ni suka sangat pendam semua yang berlaku
sorang-sorang? Ahhh! Tak kisah lah pendam ke apa ke, yang penting tujuan aku cuma
taknak besarkan keadaan jadi lebih rumit. Payah nanti dan membebankan banyak
pihak. Tapi jujur lah kan, sesiapa pun yang pendam tak kira apa pun masalah dia
kecik ke besar, tetap rasa sakit. Aku pun tak terlepas rasa benda yang sama. Tapi
kita manusia, hidup dengan manusia yang lain tolak ansur, bertimbang rasa,
faham memahami dan belas kasihan tu wajib ada.
Terasa hati? Ada.
Merajuk? Ada.
Sedih? Ada.
Marah? Ada.
Sakit? Ada.
Kecewa? Ada.
Fobia? Ada.
Takut? Ada.
Menangis? Ada.
Ada. Ada. Dan.. Ada.
Kena tabah? Ya!
Kena kuat? Ya!
Kena sabar? Ya!
Kena tahan sakit? Ya!
Kena senyum? Ya!
Kena memaafkan? Ya!
Kena mengalah? Ya!
Ya. Ya dan Ya..
Dan aku sangat-sangat tak kuat serta lemah selemah-lemahnya bila aku
jatuh sakit teruk. Time tu satu je yang aku harapkan orang-orang yang aku sayang
bersama aku. Aku nak minta 1 peratus daripada 100 peratus perhatian mereka
untuk aku, khas time aku sakit. Tu je.. Hmm.. Terima kasih aku ucapkan :’)
No comments:
Post a Comment