Salam Alaykum geng!
Dah lama kan aku tak update blog. Berminggu-minggu jugak rasanya ni.
Hahahaha nampak sangat malasnya melambung tinggi lol. Taknak banyak cakap let’s
go to our title today. Haa nampak kan? Bedtime story (bedtime story lah sangat)
hehe sebenarnya tu gimik je lebih. Post kali ni aku nak coretkan sikit pasal
cuti sem aku selama hampir 3 bulan, starting June until August. Sebagai
mukadimah story (ececey haha) sebelum cuti start, aku ada short sem yang terus
disambung kuliahnya selepas 2nd sem. So far Alhamdulillah aku dapat
result final exam bagi kedua-dua sem lepas amat membanggakan bagi diri aku
sendiri. Setakat ni yang boleh aku katakan aku memperoleh CPA dalam kategori
kedudukan baik. Hehehe syukur kepada Allah.
Now kita tutup cerita pasal exam aku semua. Aku nak masuk cerita kedua
ni (selak mukasurat sebelah) hahahahaha. Since aku pun cuti sem ni, aku dengan
bangganya mengisytiharkan (macam pengumuman raya lol) haha aku actually tengah
bekerja part time even dah nak dekat raya ni aku makin sibuk kerja. Kerja apa?
Rahsia! Hahaha takda lah rahsia mana cuma aku ambil upah buat kuih raya dan
kerepek daripada jiran sebelah rumah sepanjang bulan puasa ni. Antara kuih yang
aku dah buat biskut aiskrim, biskut almond London, biskut toasted coconut dan
kerepek tiram. Syukur lah at least masa cuti aku tak terbuang macam tu
disamping dapat income sikit sikit kan? Hehehe.
Biskut Toasted Coconut
Biskut Aiskrim
Kerepek Tiram
Almond London
(thank you for Google untuk gambar kuih raya yang sedap hingga menjilat balang kuih! lol)
Finally (mukasurat terakhir) hahahaha dah nak habis pulak bedtime story
kita ni. Aku tahu dah ter-sangat-sangat lambat tahap infinity aku nak ucap
selamat berpuasa dan salam ramadhan tapi tak salah kan kalau aku still nak ucap
sebab aku tau sekarang ni kita dalam minggu akhir berpuasa sebelum lebaran.
Lagi menguntungkan sebab minggu ni antara minggu yang terkandungnya malam
Lailatul Qadar. Aku yakin semua yang beragama Islam tahu. Kat sini aku
kongsikan sikit maklumat yang aku tau tentang malam Lailatul Qadar.
Malam Lailatul Qadar malam yang baik dari seribu malam. Malam
pengampunan yang diberi oleh Allah kepada hambaNya. Selain itu, kita digalakkan
melipat gandakan ibadah seperti qiamullail pada malam-malam yang dijangka malam
Lailatul Qadar. Ada ustaz-ustaz cakap, suasana malam Lailatul Qadar tu lain
daripada malam biasa. Orang yang betul-betul tawadhu’ dalam ibadahnya boleh
merasa kehadiran malam tu yang dikatakan dijumpai pada malam-malam ganjil pada
10 hari terakhir ramadhan. Selain tu, ada yang berpendapat cuaca pada malam
Lailatul Qadar jugak berbeza seperti awan tak terlalu mendung tak terlalu cerah
dan matahari tak seterik biasa pada hujung panasnya (ayat cuaca ni aku sendiri
pun tak dapat nak describe uhuhu). Wallahualam semua tu hanya pendapat tentang
tanda-tandanya saja tapi yang penting kita kena berusaha lah kan cari malam tu?
Jangan lah dok menunggu macam bulan jatuh ke riba. Memang tak dapek lah den nak
nolong. Tak gitu cik Yah? Cik Nab? Cik Mah? Hahahahahaha lol.
Tamatlah sudah bedtime story kali ini. Kita sambung di malam (atau hari
lain lah) ye? Hehehehe. Lagi sekali aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua
muslimin dan muslimat. Aku faham korang semua tengah sibuk buat persiapan raya
kan? (sama jugak macam aku hahahaha). Ok, bye Wassalam! ;)
p/s: post gambar kuih raya tengah malam ni bagi perut korang melompat-lompat
berkeriut lagu rock campur joget zapin hahahaha (ketawa yang ter-amat ketara
kejahatannya >:D).
No comments:
Post a Comment