Assalamualaikum and holla to all my dearest!
Entri kali ni boleh dikatakan entri travelog aku bersama family sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas, makanya boleh lah kita katakan ini adalah entri yang diperam jeruk dan hampir basi (hampir basi sebab masih dalam tahun 2015 hahahaha lol!) tapi takpe lah kita just proceed dengan story-mory vacation aku ni hehehehe (peace ^^v)
Vacation ni adalah vacation kali pertama yang ditaja sepenuhnya oleh aku (wuuuuu bangganya :p) sebab masa tu aku kerja sementara kat pusat komputer tempat praktikal aku dulu, nak dijadikan cerita aku nak merasmikan gaji pertama aku tu dengan secara sukarela dan gumbiranya men-sponsor percutian keluarga kali ni. So far aku sangat-sangat berpuas hati dapat sponsor percutian ni even aku bayar bilik resort, makan and cenderahati (duit minyak dan lain-lain ayah bayar kehkeh!).
Okay, apa yang paling utama dalam entri ni yang aku nak ceritakan adalah pasal tempat penginapan aku sekeluarga, harga bilik penginapan and keadaan sekitar percutian mana tau kot-kot boleh jadi sumber rujukan korang yang ada planning nak buat family vacation jugak kan? Hehehehe.
Memandangkan destinasi percutian aku sekeluarga ni di Pangkalan Balak, Melaka jadi aku pilih Damar Suria Resort sebagai tempat penginapan selama 3 HARI 2 MALAM. Beberapa hari sebelum cuti Tahun Baru Cina tu aku dah bank-in duit deposit kat owner resort sebanyak RM50. Kalau tak bayar deposit owner tak dapat lah nak reserve bilik so sebagai langkah keselamatan aku bayar je deposit sebab aku bebetul nak menginap kat Damar Suria Resort hahahaha.
Damar Suria Resort, Pangkalan Balak, Melaka. |
Pintu masuk ke kawasan parking. |
So hari yang ditunggu pun sampai, pada 18 Feb aku sekeluarga bertolak ke destinasi percutian dalam pukul 8 atau 9 lebih macam tu. Perjalanan pun tak ambil masa yang lama sebab sebelum pukul 1 dah sampai resort pun (bertolak dari Batu Pahat sebab aku anak jati kelahiran Batu Pahat Johor muehehehe). Sementara nak tunggu check-in pukul 2 tu ayah aku ajak pusing-pusing kawasan sekitar, kitaorang jalan-jalan kat pekan Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah sambil nak mencari ATM bank.
Dah banyak aku cerita sebelum bertolak ke Melaka, jadi apa lagi marilah kita layan gambar-gambar cinta yang kutinggalkan di Okinawa Pangkalan Balak, Melaka :D (kita ikut susunan hari percutian)
Hari pertama (18 Feb 2015):
Lepas je sampai dalam kawasan resort, aku dapat lah snap beberapa gambar kat sekitar kawasan resort ni. Nak tengok-tengok semua kemudahan yang ada hehehehe.
Kolam renang bebetul berhadapan dengan bilik-bilik resort. |
Pondok untuk berehat sambil makan-makan tepi kolam. |
Taman permainan berhadapan betul dengan pantai and laut, best!!!! |
Kawasan tepi pantai. |
Gambar atas ni masa aku sekeluarga bebetul baru sampai. Belum ada penginap lain. So kawasan pantai, kolam, taman permainan tu lengang. Yang best and seronoknya even masa tu pukul 2 atau 3 petang tengah cuaca panas tapi tak rasa bahang pun sebab angin pantai dia fuhhhhh.. nyaman oiii!
Dah puas survey kawasan resort, aku and family pun masuk bilik kitaorang sebab dah zuhur. Plan nak rehat-rehat, baring dulu sampai asar. Lepas asar baru layan pantai lagi kehkehkeh :3
Bilik kitaorang - Standard Room, RM110/night (harga cuti umum/sekolah) |
Gambar bawah ni yang dapat aku snap lepas asar :)
Macam biasa, ayah aku kalau nampak laut memang suka~ |
Layan angin dan ombak pantai pepetang~ |
Menikmati keindahan matahari petang. |
Malam tu kitaorang duduk bilik je memandangkan memasing penat plus hujan agak lebat lepas maghrib tu. Duduk dalam bilik dengan air-cond sejuk gila namati! Layan TV je lah~
Hari kedua (19 Feb 2015):
Hari kedua pulak kitaorang sambung dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar di sekitar Sungai Udang. Kawasan Sungai Udang pada aku boleh dikatakan seperti bandar sebab ada KFC, Kamdar and Econsave. Bertolak dari resort lebih kurang pukul 10 lebih dan perjalanan ke Sungai Udang ni ambil masa dalam 30-45 minit macam tu.
Bila tau kat Sungai Udang ni ada Kamdar, apa lagi lah kan? Aku and mama terus nak pergi situ. Ayah turunkan kitaorang berdua depan Kamdar while adik and ayah pulak pergi Econsave katanya nak beli junkfood and mineral water bebanyak hohoho! Biasalah, nanti kalau boring-boring dalam bilik mestilah nak melantak je kerjanyaaaa~
KFC Sungai Udang. |
Kamdar (sempat snap dari dalam kereta je T_T) |
Pepetang layan angin pantai sambil tengok orang dok main air~ |
Penginap lain yang menjamu selera di pondok-pondok rehat resort. |
Kawasan untuk bermain bola tampar. |
Untuk orang yang suka main bola tampar sambil ditemani angin pantai dan deruan ombak laut, boleh main kat kawasan yang dah disediakan. Bebetul sebelah kawasan pondok-pondok rehat and tempat BBQ, for sure lah free! :D
Hari ketiga (20 Feb 2015):
Hari terakhir percutian aku dan family kitaorang takde merayap keluar pergi mana-mana. Even keluar breakfast pun tak, sebab pagi tu bangun je terus mama aku kemas-kemas barang katanya senang nanti bila nak check-out tak kelam-kabut. Cuma aku dengan adik sempat mencelup kaki dalam air kolam renang hahahahaha! Nak lepas gian, kang balik BP teringat kolam resort tu. Aku duduk je tepi kolam, adik aku pergi berendam teruihhh!
Selfie sebentar di tepi kolam yang indah ~ hahahahaha! |
Masa last day percutian ni jugak aku sekeluarga dapat singgah makan tengahari kat kedai Kak Long Labu Corner yang terletak di pekan Kuala Sungai Baru. Senang je nak cari kedai ni, sebab bebetul menghadap jalan besar utama and boleh nampak signboard kedai dia. Memandangkan check-out pukul 12 kan? Jam pun baru je pukul 11 pagi, so ayah suggest makan tengahari dulu sementara tunggu nak pulang kunci bilik.
Makan Kak Long Labu Corner ni sangat-sangat lah berbaloi sebab makan 4 orang aku sekeluarga je baru RM21! Makan tengahari kot? Makan nasi siap lauk yang sedap-sedap macam ikan and ayam, sayur pun ada. Lebih berbaloi daripada makan kat restoran yang sebelum kitaorang pergi. Pelanggan yang makan kat sini pun boleh tahan ramai, sesak masa nak ambil lauk-lauk tu. Yang penting sedap and murah! Hehehehehe :D
Dah puas cuci mata tengok ikan segar akhirnya mama and ayah berjaya membawa pulang beberapa ekor ikan parang nak masak asam pedas katanyaaaa tapi ikan parang memang sedap punnnnn!!! Hehehehehe.
Sebelum aku tamatkan entri ni, aku akan share jugak few gambar-gambar bilik resort yang aku sekeluarga menginap.
2 single bed. |
Sliding door yang berhadapan swimming pool. |
TV, set meja dan kerusi, cermin muka. |
Almari. |
Toilet: Sinki, hot shower, tandas duduk and gayung. |
Ayah and mama bergambar sebelum pulang ~ byebye! |
Feedback daripada aku and family:-
1. So far, kemudahan dalam bilik and luar bilik resort okay dan memuaskan. Tak terlalu teruk dan tak terlalu bagus sangat. Dalam tahap average je lah.
2. Air-cond, TV, plug berfungsi dengan baik. Cuma hot shower dengan lampu tidur kat dinding tak boleh berfungsi maybe bilik kitaorang punya rosak kot?
3. Toilet bersih dan luas, sangat selesa even berkongsi dengan tandas tapi tetap bersih. Pam tandas pun berfungsi, semua paip pun okay takde masalah termasuk lampu toilet.
4. Keadaan bilik masa memula masuk tu tersusun kemas cuma lantai terasa berhabuk or berpasir maybe sebab dekat dengan kawasan pantai kan? Cuma tu lah, bilik aku dapat tu takde penyapu so agak susah nak sapu bersihkan lantai. Nasib baik ada lap kaki and bakul sampah.
5. Overall aku and family bagi rate 6/10 :)
So tu je lah yang aku nak sharekan pasal travelog aku and family sempena Chinese New Year yang dah berbulan-bulan lepas muahahahahaha! Maybe aku akan tulis lagi entri travelog lain if ada rezeki nak melancong or bercuti kat mana-mana resort, chalet or homestay. InshaaAllah. Semoga berjumpa on my next entry k? :D
Adios!