n a v i g a t i o n

Antara Ilmu dan Hati


Salam Alaykum.

Dah lama tak update blog ni. Berzaman jugak kot? Huhu. Pity on me sebab membiarkan my newborn baby bloggie ni kesepian tanpa teman di sisi. Lol. Haha k Ain dah start kerepek ni. Haha. Hari ni Ain nak share something about Ilmu dan Hati.

Semua orang kat dunia ni tahu apa tu ilmu, apa tu hati. Cuma bahasa dan ejaan yang membezakan dua perkara ni tapi ianya tetap punya maksud yang sama. Kenapa Ain cerita pasal dua perkara ni? Sebab dua perkara ni sangat-sangat berkait rapat dengan diri dan kehidupan kita. Ain tak nafikan as student Ain pun kekadang terlalu ‘enjoy’ the life as teen sampai satu tahap kita boleh hanyut dalam fantasi menyeronokkan yang diciptakan oleh hawa nafsu dan dorongan syaitan semata-mata walhal fantasi tu kalau kita terlalu asyik sehingga tak mampu untuk melepaskannya mampu menjerumuskan kita kepada seksa dan azab yang Maha Esa. Nauzubillah.

Ok, tu sebagai mukaddimah entry. Ain pun manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Manusia biasa yang tak lepas dari masa silam dan dosa-dosa lalu. Cuma kita perlu sentiasa muhasabah diri dan segera beristighfar serta memohon taubat kepada-Nya. Mudah-mudahan segala urusan kehidupan kita berjalan lancar.

Now berbalik kepada Ilmu dan Hati. Kita semua pernah tak sedar yang ilmu dan hati tu ada hubungan yang sangat akrab. Umpama isi dan kuku. Tapi pernah tak kita alami situasi macam ni, “Puas aku hafal, aku baca, tapi satu apa pun aku tak faham apa yang aku baca. Fed up pulak”. Mesti dah biasa dengan situasi ni kan? Even bukan kita yang alami, maybe roomate kita or classmate kita. Semua tu kita kena rewind balik apa yang pernah kita lakukan dulu. Cuba ingat dosa apa yang pernah kita buat. Maybe kita pernah buat sesuatu yang dilarang oleh Allah, maybe kita pernah mengumpat orang-orang disekeliling kita, maybe kita pernah melawan cakap ibu bapa kita or maybe kita sendiri jauh dengan Allah. Tapi kat sini Ain nak tekankan part akhir tu – Jauh dengan Allah.

Selalu orang cakap ‘nak tumbesaran badan yang sihat, kenalah makan makanan yang berkhasiat’. Sama juga macam hati, kalau nak hati kita sihat dan bersih kenalah bagi makan makanan yang suci dan yang baik-baik je. Macam yang Ain cakap kat atas tadi, kita alami situasi susah untuk menghafal atau memahami apa yang diajar. Semua tu ada berkait dengan hati kita. Kita kena selidik hati kita tu macam mana keadaannya. apa hati kita tu subur dan sihat atau kering kontang dan kemarau berpanjangan? Sebab tu lah Ain tekankan perkara ‘Jauh dengan Allah’ tu. Kita sebenarnya tak sedar situasi untuk menimba ilmu tu menjadi susah sebab hati kita jauh dengan Allah. Kat sini lah kita akan tahu betapa besarnya hubungan antara ilmu dan hati.

Hati yang sihat, yang suci, yang subur ialah selalu hati yang sering mengingati Allah sebagai pencipta, sebagai Tuhan yang Esa. Hati yang sihat, yang suci, yang subur ialah hati yang sentiasa dekat dengan Allah sebagai Tuhannya dan Rasulullah sebagai kekasihnya dengan zikir-zikir dan selawat. Hati yang sihat, yang suci, yang subur ialah hati berprinsip Ammar Makruf dan Nahi Mungkar. Hati yang sihat, yang suci, yang subur ialah hati yang tiada titik-titik hitam yang mampu menodai kebersihan hati tu. Apa itu titik hitam? Titik hitam sangat senang diperoleh. Malah dalam sehari tu, kita boleh dapat lebih dari satu titik hitam yang melekat di hati. Bagaimana caranya? Satu dosa bersamaan satu titik. Cuba kita renungkan andai sehari kita mampu lakukan 10 dosa, tak kira dosa kecil or dosa besar, kita akan dapat 10 titik hitam dalam hati. Then kita darabkan 10 titik hitam tu dengan 10 hari berapa jumlahnya? 100 titik hitam muncul di hati kita. Banyak kan? Kerana titik-titik hitam ni lah buat kita payah dan susah nak menimba ilmu.

Dan mesti ada yang tertanya, “Macam mana nak hilangkan kesan titik-titik hitam tu?” Kat sini Ain bagi 2 cara yang mudah untuk kita semua lakukan. First, banyakkan istighfar setiap kali kita sedar kita telah lakukan kesalahan. Kemudian cepat-cepat memohon ampun dan taubat kepada Allah. kalau ianya melibatkan kesalahan sesama manusia, kita mohon ampun kat orang tersebut. Second, rajinkanlah kaki untuk menghadiri majlis ilmu. Majlis ilmu yang kita hadiri tak lah semeriah majlis perkahwinan tapi manfaatnya dan pahalanya yang kita dapat tu berkekalan dan boleh dijadikan bekalan untuk di Akhirat kelak. Tapi kita suka ambil sambil lewa tentang majlis ilmu padahal apabila kita berada di majlis ilmu tu kita diumpamakan duduk di salah satu taman syurga Allah dan para malaikat mendoakan untuk kita. So harapnya lepas ni, kita semua termasuk kat diri Ain sendiri juga agar selalu ringankan tulang-tulang kaki ni untuk jejak dan mengambil sedikit masa dari 24 jam tu untuk mendengar ceramah kat majlis ilmu.

Before I forget, ni extra facts. Orang yang hatinya terlalu bersih dan sangat-sangat sempurna sucinya Allah mampu bukakan hijab untuknya dan dia boleh melihat perkara yang sudah berlaku pada waktu lepas dan perkara yang sedang berlaku even dia sendiri tak berada di tempat tu. Bestkan? Ain kalau boleh nak jadi salah seorang daripada manusia yang mempunyai kelebihan tu. Semua tu kuasa Allah yang Maha Besar. Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha, bertawakkal dan berdoa kepada-Nya kerana tiada apa yang mustahil di sisi Allah – “Kun Fayakun” dengan sekelip mata mampu merubah apa sahaja mengikut kehendak Allah Taala.

Sekian, wassalam.

Nur Ain.

No comments:

Post a Comment