n a v i g a t i o n

Travelog: Family vacation @ Pangkalan Balak, Melaka

Assalamualaikum and holla to all my dearest!

Entri kali ni boleh dikatakan entri travelog aku bersama family sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas, makanya boleh lah kita katakan ini adalah entri yang diperam jeruk dan hampir basi (hampir basi sebab masih dalam tahun 2015 hahahaha lol!) tapi takpe lah kita just proceed dengan story-mory vacation aku ni hehehehe (peace ^^v)

Vacation ni adalah vacation kali pertama yang ditaja sepenuhnya oleh aku (wuuuuu bangganya :p) sebab masa tu aku kerja sementara kat pusat komputer tempat praktikal aku dulu, nak dijadikan cerita aku nak merasmikan gaji pertama aku tu dengan secara sukarela dan gumbiranya men-sponsor percutian keluarga kali ni. So far aku sangat-sangat berpuas hati dapat sponsor percutian ni even aku bayar bilik resort, makan and cenderahati (duit minyak dan lain-lain ayah bayar kehkeh!).

Okay, apa yang paling utama dalam entri ni yang aku nak ceritakan adalah pasal tempat penginapan aku sekeluarga, harga bilik penginapan and keadaan sekitar percutian mana tau kot-kot boleh jadi sumber rujukan korang yang ada planning nak buat family vacation jugak kan? Hehehehe.

Memandangkan destinasi percutian aku sekeluarga ni di Pangkalan Balak, Melaka jadi aku pilih Damar Suria Resort sebagai tempat penginapan selama 3 HARI 2 MALAM. Beberapa hari sebelum cuti Tahun Baru Cina tu aku dah bank-in duit deposit kat owner resort sebanyak RM50. Kalau tak bayar deposit owner tak dapat lah nak reserve bilik so sebagai langkah keselamatan aku bayar je deposit sebab aku bebetul nak menginap kat Damar Suria Resort hahahaha.

Damar Suria Resort, Pangkalan Balak, Melaka.
Pintu masuk ke kawasan parking.

So hari yang ditunggu pun sampai, pada 18 Feb aku sekeluarga bertolak ke destinasi percutian dalam pukul 8 atau 9 lebih macam tu. Perjalanan pun tak ambil masa yang lama sebab sebelum pukul 1 dah sampai resort pun (bertolak dari Batu Pahat sebab aku anak jati kelahiran Batu Pahat Johor muehehehe). Sementara nak tunggu check-in pukul 2 tu ayah aku ajak pusing-pusing kawasan sekitar, kitaorang jalan-jalan kat pekan Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah sambil nak mencari ATM bank.

Dah banyak aku cerita sebelum bertolak ke Melaka, jadi apa lagi marilah kita layan gambar-gambar cinta yang kutinggalkan di Okinawa Pangkalan Balak, Melaka :D (kita ikut susunan hari percutian)

Hari pertama (18 Feb 2015):

Lepas je sampai dalam kawasan resort, aku dapat lah snap beberapa gambar kat sekitar kawasan resort ni. Nak tengok-tengok semua kemudahan yang ada hehehehe.

Kolam renang bebetul berhadapan dengan bilik-bilik resort.
Pondok untuk berehat sambil makan-makan tepi kolam.
Taman permainan berhadapan betul dengan pantai and laut, best!!!!
Kawasan tepi pantai.

Gambar atas ni masa aku sekeluarga bebetul baru sampai. Belum ada penginap lain. So kawasan pantai, kolam, taman permainan tu lengang. Yang best and seronoknya even masa tu pukul 2 atau 3 petang tengah cuaca panas tapi tak rasa bahang pun sebab angin pantai dia fuhhhhh.. nyaman oiii!

Dah puas survey kawasan resort, aku and family pun masuk bilik kitaorang sebab dah zuhur. Plan nak rehat-rehat, baring dulu sampai asar. Lepas asar baru layan pantai lagi kehkehkeh :3 

Bilik kitaorang - Standard Room, RM110/night (harga cuti umum/sekolah)

Gambar bawah ni yang dapat aku snap lepas asar :)

Macam biasa, ayah aku kalau nampak laut memang suka~






Layan angin dan ombak pantai pepetang~
Menikmati keindahan matahari petang.
Cover novel: Pepasir Cinta hahahahaha trolol!


Dah puas menikmati keindahan tepi pantai tu, dalam pukul 6 petang macam tu ayah and mama aku cadang nak ajak pergi pekan Kuala Sungai Baru. Ingat nak beli makanan sikit untuk makan malam tapi memang bertuah betul kitaorang masa tu. Secara kebetulan hari Rabu kitaorang bercuti kat sana, memang ada pasar tani petang kat pekan haaa.. dapat lah beli mee goreng, chicken chop and nugget. Chicken chopnya dah lah besar, sedap dan MURAH!!! Hanya RM6 :D


Malam tu kitaorang duduk bilik je memandangkan memasing penat plus hujan agak lebat lepas maghrib tu. Duduk dalam bilik dengan air-cond sejuk gila namati! Layan TV je lah~


Hari kedua (19 Feb 2015):

Hari kedua pulak kitaorang sambung dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar di sekitar Sungai Udang. Kawasan Sungai Udang pada aku boleh dikatakan seperti bandar sebab ada KFC, Kamdar and Econsave. Bertolak dari resort lebih kurang pukul 10 lebih dan perjalanan ke Sungai Udang ni ambil masa dalam 30-45 minit macam tu.

Bila tau kat Sungai Udang ni ada Kamdar, apa lagi lah kan? Aku and mama terus nak pergi situ. Ayah turunkan kitaorang berdua depan Kamdar while adik and ayah pulak pergi Econsave katanya nak beli junkfood and mineral water bebanyak hohoho! Biasalah, nanti kalau boring-boring dalam bilik mestilah nak melantak je kerjanyaaaa~

KFC Sungai Udang.
Kamdar (sempat snap dari dalam kereta je T_T)
Econsave.


Selesai je beli kain baju kat Kamdar almost pukul 1 lebih, kitaorang singgah makan tengahari kat satu restoran yang ada berdekatan dengan Kamdar tu jugak. Tak ingat nama restoran tu tapi tak silap aku ada nama Syukur macam tu kot? Huhuhu maaf lah, dah lama sangat percutian ni so lupa namanya and tak terfikir nak snap gambar kedai sebab kebulur sangat! Nasib ada gambar lain yang banyak ni so boleh recall balik story vacation ni hukssss~


Yang penting makan kat restoran tu pun boleh dikatakan berbaloi dengan lauk, air and keadaan kat dalam restoran. Makan 4 orang (ayah, mama, aku and adik) semuanya RM35. Normal price bagi aku kalau makan tengahari kat restoran, lelagi restoran tu dekat kawasan bandar. Habis makan tu terus kitaorang gerak balik sebab dah penat pastu dah masuk zuhur. Nak rehat dulu lah sebelum keluar main tepi pantai pepetang nanti hikhik :p

Seperti biasa, bila petang lepas asar macam tu mesti ayah and mama aku ajak duduk tepi pantai sambil makan jajan cikedis yang diborong dari Econsave tadi muahahahaha! Yang bestnya resort sediakan pondok rehat yang memang menghadap laut and then FREE tak perlu bayar. Pondok ni berguna untuk family yang nak buat picnic sambil ber-BBQ kan? Berbaloi bercuti kat resort ni sebab tempat BBQ and pondok tu free. Ada some resort kat kawasan yang sama kenakan bayaran untuk tempat BBQ/pondok.

Pepetang layan angin pantai sambil tengok orang dok main air~


Penginap lain yang menjamu selera di pondok-pondok rehat resort.
Kawasan untuk bermain bola tampar.

Untuk orang yang suka main bola tampar sambil ditemani angin pantai dan deruan ombak laut, boleh main kat kawasan yang dah disediakan. Bebetul sebelah kawasan pondok-pondok rehat and tempat BBQ, for sure lah free! :D


Hari ketiga (20 Feb 2015):

Hari terakhir percutian aku dan family kitaorang takde merayap keluar pergi mana-mana. Even keluar breakfast pun tak, sebab pagi tu bangun je terus mama aku kemas-kemas barang katanya senang nanti bila nak check-out tak kelam-kabut. Cuma aku dengan adik sempat mencelup kaki dalam air kolam renang hahahahaha! Nak lepas gian, kang balik BP teringat kolam resort tu. Aku duduk je tepi kolam, adik aku pergi berendam teruihhh!






Selfie sebentar di tepi kolam yang indah ~ hahahahaha!
Masa last day percutian ni jugak aku sekeluarga dapat singgah makan tengahari kat kedai Kak Long Labu Corner yang terletak di pekan Kuala Sungai Baru. Senang je nak cari kedai ni, sebab bebetul menghadap jalan besar utama and boleh nampak signboard kedai dia. Memandangkan check-out pukul 12 kan? Jam pun baru je pukul 11 pagi, so ayah suggest makan tengahari dulu sementara tunggu nak pulang kunci bilik.

Makan Kak Long Labu Corner ni sangat-sangat lah berbaloi sebab makan 4 orang aku sekeluarga je baru RM21! Makan tengahari kot? Makan nasi siap lauk yang sedap-sedap macam ikan and ayam, sayur pun ada. Lebih berbaloi daripada makan kat restoran yang sebelum kitaorang pergi. Pelanggan yang makan kat sini pun boleh tahan ramai, sesak masa nak ambil lauk-lauk tu. Yang penting sedap and murah! Hehehehehe :D



Lauk yang ada di Kak Long Labu Corner.




Kedai-kedai sekitar pekan Kuala Sungai Baru.

Lepas je siap makan tengahari, ayah and aku cecepat balik ke resort untuk check-out and pulang kunci bilik. Memandangkan Kuala Sungai Baru ni dipenuhi dengan peniaga-peniaga ikan segar, mama pun terfikir untuk singgah sebentar untuk tengok-tengok lah mana tau ada ikan yang sesuai untuk dibawa pulang dan secara kebetulan kitaorang ada bawa bekas ais + beli ais sekali masa mula-mula sampai resort.



Dah puas cuci mata tengok ikan segar akhirnya mama and ayah berjaya membawa pulang beberapa ekor ikan parang nak masak asam pedas katanyaaaa tapi ikan parang memang sedap punnnnn!!! Hehehehehe.

Sebelum aku tamatkan entri ni, aku akan share jugak few gambar-gambar bilik resort yang aku sekeluarga menginap.

2 single bed.
Sliding door yang berhadapan swimming pool.
TV, set meja dan kerusi, cermin muka.
Almari.
Toilet: Sinki, hot shower, tandas duduk and gayung.
Ayah and mama bergambar sebelum pulang ~ byebye!

Feedback daripada aku and family:-

1. So far, kemudahan dalam bilik and luar bilik resort okay dan memuaskan. Tak terlalu teruk dan tak terlalu bagus sangat. Dalam tahap average je lah.

2. Air-cond, TV, plug berfungsi dengan baik. Cuma hot shower dengan lampu tidur kat dinding tak boleh berfungsi maybe bilik kitaorang punya rosak kot?

3. Toilet bersih dan luas, sangat selesa even berkongsi dengan tandas tapi tetap bersih. Pam tandas pun berfungsi, semua paip pun okay takde masalah termasuk lampu toilet.

4. Keadaan bilik masa memula masuk tu tersusun kemas cuma lantai terasa berhabuk or berpasir maybe sebab dekat dengan kawasan pantai kan? Cuma tu lah, bilik aku dapat tu takde penyapu so agak susah nak sapu bersihkan lantai. Nasib baik ada lap kaki and bakul sampah.

5. Overall aku and family bagi rate 6/10 :)

So tu je lah yang aku nak sharekan pasal travelog aku and family sempena Chinese New Year yang dah berbulan-bulan lepas muahahahahaha! Maybe aku akan tulis lagi entri travelog lain if ada rezeki nak melancong or bercuti kat mana-mana resort, chalet or homestay. InshaaAllah. Semoga berjumpa on my next entry k? :D

Adios!

Back from my sleeping beauty

Assalamualaikum and hello geng!

Memang dah lama gila tak usik personal blog ni, last entry pun masa bulan May i guess. Haha so takpe lah. Hmm entry kali ni aku taknak cerita banyak sebab takde idea pun nak kupas pasal apa haha lol cuma sekarang ni aku dah officially jadi penganggur terhormat kat rumah T_T berhenti kerja sejak bulan 4 and aku takde duit!!! I know it sounds sad but nak buek camno? terima jelah hakikat ~

Sekarang ni aku kurang aktif blog yang ni sebab.......... aku makin aktif kat blog kaunseling/consultation blog haa (klik kat tepi sidebar tu, another blog :D) Hermm maklumlah, blog baru memang ditatang macam nak rak and akhirnya rak pun patah entah kemana HAHAHAHAHAHAHA. Tapi inshaAllah tak lah jadi macam tu. Sementara aku tak kerja ni aku rajinlah cari info and benda-benda penting pasal kemasukan program untuk lepasan SPM. Kenapa aku cari info program untuk lepasan SPM? sebab aku nak mengulang diploma lahhhhh EHHH!! tak tak, bukan sebab tu. Aku nak tolong adik-adik lepasan SPM yang takde chance nak masuk U masa apply UPU yang lepas.

Aku faham perasaan adik-adik yang tak berjaya dapat offer U sebab aku pun dulu macam diorang weh! cuma bezanya aku dapat rayuan UPU tapi whatever it is, tetap faham perasaan sedih diorang k? kepada sesapa yang baca entry ni and dah blogwalking consultation blog aku tu bolehlah sebar-sebarkan kat kawan-kawan, junior or adik-adik korang yang baru habis SPM or yang akan tamat form 5 tahun ni.

Kat sini jugak aku nak cakap yang fragmen novel handmade aku tu akan di-draftkan dulu or dibekukan (boleh pakai ke word sebelah ni? herm...) daripada siaran online (siaran sangat, gila curlas kau jemah oiii!) kat blog aku ni sebab......aku tengah sibuk uruskan blog satu lagi kan? Hahahahahahahahaha so mood jiwang drama novel luar biasa/separuh masa dan sebagainya tu belum tiba *sila cubit aku sebab malas nak post bab novel tu!! arghhhhh stress guwa -_________-

Before aku nak tamatkan entry ni, mohon doa para readers semua doakan aku dapat furthur degree September nanti eh? berharap nak sambung dalam course Sarjanamuda Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat), so doakan eh eh? doa camni "Ya Allah ya Tuhanku, aku berdoa semoga hajat Nurain Syahirah untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dimakbulkan dan berikanlah dia program ijazah Sarjanamuda Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat). Aamiin ya rabbal Alamin" hehehehe thank you guys! love you much, xoxo <3

So mari aku hidangkan dengan few gambar blog aku kahkah! yelah, blog ni pun dah berdesign baru kannn. Jom layan ~

takyah klik untuk tumbesaran sebab ni memang design blog aku yang kau tengah skodeng ni haha!

jemput singgah @ http://nurasyahirah.blogspot.com
BYE!

REVIEW : Diploma Teknologi Maklumat UTHM

Assalamualaikum & hello gais opsss! i mean guys. Muehehehehe :p

Ehemm! Memandangkan blog ni sudah lama tak berusik hahahaha yelah bila kemalasan menyelubungi bak misteri nusantara maka krik kriklah blog ni muahahaha! Sebelum ni memang aku rajin meng-update sebab aku post bab-bab novel handmade aku, ecehhh :p

Rasanya masih sempat kan kalau aku sis hahaha nak survey pasal satu course yang aku sis pernah belajar kat U dulu? which is Diploma Teknologi Maklumat. Dulu aku sis ingat course ni belajar cara nak guna komputer or belajar nak guna Microsoft Office tu hahahahaha lol gila aku sis punya pemikiran dulu! Rupanya aku sis silap. Bila belajar course ni means kita belajar segalanya pasal IT (Information Technologysuch as bahasa pengaturcaraan, multimedia, sistem, web application etc.

Jadi kat sini aku sis nak bagitahu serba sedikit pasal course ni khas untuk korang (adik-adik) lepasan SPM/setaraf tahun 2014. Untuk pengetahuan korang semua, aku sis ambil course ni kat UTHM atau nama panjangnya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat Johor (seriously aku sis punya rumah dengan UTHM tu dekat so tak rasa homesick macam budak lain uwaaaaaaaa T.T)

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
Diploma Teknologi Maklumat (DAT) dibawah fakulti Pusat Pengajian Diploma dan diletakkan dibawah Jabatan Teknologi Maklumat. Yang bestnya pasal course ni ialah tempoh pengajiannya hanya mengambil masa 2 tahun setengah (5 semester). So memang korang akan dapat cepat habis berbanding course yang sama yang ada kat IPTA lain.

Jadi pada korang yang berkira-kira untuk ambil course ni atau ada minat dalam IT, tak salah untuk teruskan minat korang ke diploma ni kalau korang ditawarkan nanti. InshaaAllah semoga Allah permudahkan urusan korang semua sebelum, semasa dan selepas pengajian diploma ni. Aamiin! :)

Next! Let's check it out struktur program untuk Diploma Teknologi Maklumat:

Semester 1, Tahun 1:

Courses
Credit
1.       Algebra
2.       Introduction to Information Technology
3.       Programming Principle
4.       Co-Curiculum 1*
5.       Islamic Studies/Moral Studies
6.       Academic English
7.       Introduction to Nationhood & Malaysia Development
3
3
3
1
2
2
3

Semster 2, Tahun 1:

Courses
Credit
1.       Statistics
2.       Fundamental of Operating System
3.       Fundamental of Computer Architecture
4.       Data Structure
5.       Theology & Science
6.       Foreign Language**
7.       Technical Communication 1
2
3
3
4
2
2
2

Semester 3, Tahun 1 (short sem):

Courses
Credit
1.       Multimedia Concept
2.       Database
3
4

Short sem ni cuma 8 minggu lecture including exam week. So masa sem ni tak ada study week ke apa, memang rushing sikit belajar sebab dalam 8 weeks tu ada lecture, test/quiz, assignments/final project & terus exam huuuuuu -_____- (letih.............)

Semester 1, Tahun 2:

Courses
Credit
1.       Fundamental of System Analysis & Design
2.       Web Programming
3.       E-Commerce Application Development
4.       Java Programming
5.       Occupational Safety & Health
6.       Technical Communication 2
3
3
4
4
2
2

Semster 2, Tahun 2:

Courses
Credit
1.       Dot Net Programming Principle
2.       Diploma Project
3.       Business & Entrepreneurship
4.       3D Animation & Modelling
5.       Fundamental of Computer Networking
3
4
2
3
3

Semester 3, Tahun 2 (short sem):

Courses
Credit
1.       Professional Ethics for Information Technology
2.       Accountancy & Finance
3.       Management Information System
2

2
3

Semester 1, Tahun 3:

Courses
Credit
1.       Industrial Training
9

Part lain yang best is Latihan Industri (LI) korang dapat sem last jadi korang boleh ANGKUT segala barang-barang korang yang ada kat kolej kediaman (hostel) dan terus balik rumah (jangan lupa ucap byebye kat UTHM muahahahahahaha! :p)

* Untuk course Ko-Kurikulum, batch aku sis ada Pengakap Kelanasiswa, SISPA, RELASIS
** Untuk course Bahasa Asing, batch aku sis ditawarkan Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun & Bahasa Jawa (aku sis ambil Jawa makanya guwe jadi ibukk ibukk bapakkk bapakk siapa yang punya anak bla bla.. kahkahkahkahkah! lolsssssss wehh lol!)

Sebelum aku mengakhiri entry ni, nak habaq mai lah kat korang yang akan berada dalam diploma IT ni. Korang akan jumpa short sem sebanyak 2 kali which is dalam tahun 1 dan 2. Korang akan rasa penat dan rushing sebab short sem ni tak banyak minggu nak buat kuliah or memain and while korang bertungkus lumus menghadapi short sem, ada kengkawan korang tengah syiok cuti sem! (the saddest part ever T___T crying a river ok?)

Ehhhhh! Before aku sis terlupa, kat sini jugak aku sis nak share prospek kerjaya bagi lepasan diploma IT ni. So lepas habis study nanti, bolehlah korang fikir-fikirkan nak kerja sebagai apa, ok? Good luck geng! :D

1.    Pembangun Laman Web.
2.    Eksekutif Projek IT.
3.    Pentadbir Pangkalan Data.
4.    Eksekutif Keselamatan IT.
5.    Perekabentuk Laman Web.
6.    Pengaturcara Komputer.
7.    Perekebentuk Multimedia.

Jadi aku sis ucapkan selamat maju jaya, belajar elok-elok dan bersungguh-sungguh, rancanglah masa serta buatlah pengurusan wang yang terbaik masa kat U. Even korang akan/sudah terdengar gosip, kontroversi, scandal pasal pengurusan & pentadbiran UTHM tu, korang abaikan saja lah. Niatkan dalam hati korang nak belajar cari ilmu, dapatkan segulung diploma dan gunakan skil yang korang dapat masa kat U tu dalam dunia pekerjaan. InshaaAllah.

P/S: Alhamdulillah aku dah berjaya tamatkan pengajian diploma, dapat menghabiskan praktikal pada 8 Jan 2015 yang lepas dan dah dapat surat pengesahan penganugerahan Diploma Teknologi Maklumat. Syukur! :)

So wassalam and jumpa on my next entry! Bye, xoxo.

A story after a long blog's hibernation

Assalamualaikum and hello reader.

It seems a long, very long time I didn’t updating my blog. Haha I’m so sorry. Bukan sebab taknak update ke apa, actually my blog was under construction. That’s why I keep my blog private. Alhamdulillah finally dapat jugak siapkan blog ni, edit bagi habis. Haha :p
So as you can see now, my blog dah berwajah baru right? Kekadang rasa macam pelik jugak sebab aku ni bukan selalu update any post here tapi aku rajin and mostly blog ni jadi bahan experiment aku untuk edit and design je hahaha lolsss! :D So sebelum aku nak bercerita panjang, aku nak bagi sikit mukadimah (haa mukadimah sangat kau!). Alaa bukan mukadimah apa pun, Cuma nak cerita sikit pasal design blog yang baru ni hehe.

Basically blog ni aku design dengan se-simple yang boleh haha. Simple pun tapi amek masa lama aku privatekan. Tema blog ni aku taktau nak bagi nama apa haha maybe boleh bagi tema “Find me in the dark night with a star shining on my heart” hahahahahahahahahahahahahaha! Lol nyaaaaaaaa tema ni (poyo habissssssss -.-) so untuk design kali ni aku lebih gunakan warna hitam and aku gandingkan dengan really light blue as contra color. Harap all my readers yang singgah and baca kat sini suka lah dengan design blog kali ni heeeee.

Untuk entry kali ni memang akan jadi PANJANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG GILAAAAA! Hahahahahahahahahahahahahaha kenapa aku kata panjang? Haa korang baca je dari awal entry ni sampai habis k?

Tamat sebagai pelajar Diploma Teknologi Maklumat UTHM
Sekali lagi aku panjatkan Alhamdulillah sebab finally berakhir jugak 2.5 tahun aku sebagai penutut UTHM dalam program IT. 2.5 tahun tu bukanlah satu jangka masa yang panjang, serius aku rasa sekejap sangat. Rasa macam baru je bulan 6 haritu daftar masuk and tahu-tahu sekarang dah habis belajar. Hehe serius macam-macam pengalaman, kemahiran, ilmu, suka duka aku dapat sepanjang jadi pelajar diploma UTHM. Tamatnya Latihan Industri aku pada 9/1/2015 yang lepas so secara officialnya aku dah tamat belajar as diploma IT student cumanya belum lagi majlis graduasi/konvokesyen aku (ehe tak sabarnyaaaa nak pakai jubah konvo and mortarboard! :D)

Lepas tamat Latihan Industri, aku terus sambung kerja kat ofis aku tu. Heee Alhamdulillah bos aku offer kerja sementara aku tak apply mana-mana U untuk further my studies on degree. Memandangkan aku ni praktikal kat pusat komputer yang develop web and sistem, so aku punya posisi is web developer and designer. Alhamdulillah dah 2 minggu kerja so far semuanya elok, okay and lancar. Doakan untuk saya and wish me luck tau! :)

Our first bride in KepohsApp Girls!
First of all I wanna say congratulation for Ummi’s wedding on 17th January 2015. Best and seronok sangat tengok one of my girls dah kahwin. Alhamdulillah Ummi selamat dinikahkan tepat pukul 10 pagi dengan lelaki pilihan dia, Faiz Zikri. Kau tau apa perasaannya bila one of your girls dah pegang title Mrs? Perasaannya macam kau nak bawak boyfriend kau masa tu jugak, duduk depan tok imam then nikah hahahahahahahahahahaha. Sampai macam tu sekali lol sangat jah! :D So marilah mari kita layan gambar-gambar sepanjang majlis. Mari kita tengok bride and the bridesmaid! Yeay! *bersorak*













Ok yang last ni aku over sikit (maksudnya over banyak sebab jadi pengapit kan heh sangat!), biasa lah geng sendiri kahwin kan? Apa lagi amek lah sebanyak mana berkat dari seluruh pelosok kenduri dia ni haa hahahahahaha!